Cari Baju Raya di Butik Kacax, Plaza Angsana JB I Dah cari baju raya ke tu? Ha Juju kalau nak cari baju raya mesti akan ke Butik Kacax di Plaza Angsana, Johor Bahru. Rasanya dah tahun ketiga Juju setia dengan Kacax ni ya. Kalau dah repeat tahun ketiga rasanya korang dah boleh agak dah sebab apa kan.
Benda kalau bermutu dan berkualiti mestilah kita akan mencari. Setakat ni baju dak Yash semua ok lagi. Tapi si budak tu cepat betul meningginya. Lagi-lagi lepas sunat ni. Kemain tinggi. Kuat betul baka belah bapaknya. Kalau ikut baka emaknya memang membesar jelah.
Kenapa Juju repeat beli baju raya di Butik Kacax?
1. Kain yang berkualiti
Juju suka dengan material kain Kacax ni sebabnya basuh banyak kali pun dia masih lawa ye. Lagi-lagi si Firash tu banyak je guna untuk pakai ke sekolah. Tak berbulu kainnya.
2. Ikut trend
Mengambil kira perkembangan fesyen terkini, Kacax pun tak kurang hebatnya dalam menghasilkan design-design yang menambat hati. Contohnya kurta slimfit. Memang trending ya.
3. Zip di tepi baju
Part ni memang Juju suka teruk. Ko bayangkan anak ko peluh-peluh main dengan sepupu-sepupu dia pastu nak bersalin tu punyalah payah dia nak bukak baju. Maklumlah, Firash ni badannya semangat sikit. Jadi bila ada zip ni mudah je dia nak tukar baju.
Design kotak-kotak
Untuk tahun ini, Kacax bawa masuk design kotak-kotak. Klasik sungguh ya vibes kotak-kotak ni. Rasa macam kembali ke zaman ayah kita muda-muda dulu.
Tapi kalau korang padankan dengan seluar slack, bersamping dan bersongkok tinggi disengetkan sedikit, mesti lawakan. Orang kata patern kotak-kotak ni tak lapuk dek zaman. Kalau korang perasan, patern dulu-dulu nilah yang menghidupkan kembali fesyen melayu di zaman serba moden ni.
Kurta material denim
Ada juga kurta dari material jeans atau denim. Peh memang smart habislah raya korang tahun ni. Boleh standby untuk raya ketiga atau keempat punya baju raya. Style juga kan beraya dengan denim.
Untuk material denim ni, dia ada keluarkan 2 jenis kolar. 1 kolar yang biasa tu, 1 lagi yang macam cheongsam. Si Firash berkenan dengan kolar cheongsam tu. Selesa katanya. Untuk anak-anak memang sesuai kolar cheongsam. Tapi untuk bapak-bapak boleh belu yang kolar biasa tu ya. Barulah handsome dan smart anak beranak di hari raya nanti.
Lokasi booth raya Kacax
Untuk pengetahuan dan makluman korang, Butik Kacax ada juga buka booth di kawasan-kawasan di bawah ni:
➡️KACAX ANGSANA
✅Booth Level 3 (area kiosk Kaca)
✅Kiosk Songkok KACAX di kiosk kaca
✅ Booth KACAX LEVEL 2 (berhadapan kedai Emas HABIB Jewel)
➡️KACAX UBC
Jalan Padi Emas 1/4 (blkg Maybank BBU)
➡️KACAX Giant PLENTONG
-Lokasi dalam Giant Plentong
-berhadapan Pintu Cashier Giant Plentong
➡️ Booth KACAX B5
-Berhadapan Pentas outdoor
➡️Booth KACAX KIPMALL TAMPOI
-berhadapan pentas utama Kipmall
Jadi, cepat serbu Kacax sekarang sebelum saiz korang habis kena rembat.
Untuk lebih banyak gambar, boleh klik
.png)



