Rasa Bali Di Tengah JB: Pengalaman "Nusantara Indulgence" di Renaissance Johor Bahru Hotel

Kasih Juju
Rasa Bali Di Tengah JB: Pengalaman "Nusantara Indulgence" di Renaissance Johor Bahru Hotel

Korang pernah tak teringin nak terbang ke Bali sekejap, semata-mata nak makan je, tapi masa tak mengizinkan? Haa, Juju ada berita baik untuk kaki makan macam Juju. 

Rupa-rupanya tak perlu pun naik flight pun. Renaissance Johor Bahru Hotel sedang bawakan vibe Pulau Dewata terus ke Cafe BLD dengan Nusantara Indulgence Dinner Buffet dia. Dari 17 April sampai 30 June 2026 ni, memang puas hati kalau nak lepaskan gian makan masakan Indonesia.


Kenapa Juju kata wajib cuba?

Sebab buffet ni bukan buffet dekat sini biasa-biasa tau. Dia macam love letter untuk warisan Bali. Chef Wisnu Adiyatma sendiri diterbangkan khas dari Renaissance Bali Uluwatu Resort & Spa tau. Setiap menu dia olah dengan sentuhan moden tapi tak lari dari rasa tradisi. Betul-betul setiap suapan tu rasa macam ada cerita.


Antara yang Juju salivate bila baca menu:

  • Rendang Sapi - yang slow-simmered sampai empuk, kaya rempah
  • Ikan Bakar Jimbaran - ikan bakar flame-kissed, confirm juicy
  • Ayam Betutu - ayam berempah yang dibalut tradisi, iconic habis
  • Gulai Daun Singkong & Kambing Panggang Marangi - dua-dua ni comfort food level dewa

Selain tu, ada juga Nasi Gurih, Acar, Bunbu Kacang, Sambal Kecap dan Sambal Bajak. Kita orang Malaysia memang tak boleh jauh dari nasi kan. Rasa tak lengkap menu tu kalau tak de nasi.

   

Satu kelainan yang ada dekat menu buffet kali ini, korang boleh cuba sendiri 3 jenis jamu yang dibancuh khas untuk pelanggan Cafe BLD sahaja ya. Fuh! Lain macam ya ada menu jamu dalam buffet makanan.

3 jenis jamu tersebut adalah:
  • Kunyit Asam - Campuran kunyit dan asam jawa
  • Beras Kencur - Rendaman beras di blend dengan halia dan kencur
  • Temulawak - Temulawak di kisar dengan daun pandan

Tapi yang buat Juju paling teruja, suasana dia. Cafe BLD tukar jadi ruang makan yang elegant tapi selesa. Ada live cooking station, bau rempah semerbak, dengan tekstur kayu yang warm. Rasa macam makan kat resort di Bali, sambil borak-borak dengan kawan atau family. Sesuai sangat untuk weekend gathering yang meriah, atau weekday dinner nak healing lepas kerja.

Info Penting Untuk Korang Plan:

📍 Tempat: Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel  
📅 Tarikh: 17 April – 30 June 2026  
⏰ Masa: 6:30 PM – 10:00 PM setiap hari

💰 Harga:
| Hari | Dewasa | Kanak-kanak |
| *Jumaat & Sabtu* | MYR 198 nett | MYR 99 nett |
| *Ahad – Khamis* | MYR 118 nett | MYR 59 nett |

Tip Juju: Nak jimat, pergi hari biasa. Harga weekday separuh dari weekend!

Macam mana nak book?  

Senang je. Whatsapp terus ke +60177713327 atau call +6073813322. Kalau jenis suka klik-klik, book online kat bit.ly/7RoomsCafeBLDOffers. Website rasmi: www.cafebld.com

So, siapa team JB yang dah lama tak date night atau nak bawa mak ayah merasa makanan Indonesia yang authentic? Tag pasangan & kawan korang. Jangan sampai terlepas, sebab buffet ni limited time je sampai hujung Jun.

Cepat-cepat book slot koramg sekarang!