2 January 2013

Cari barang-barang hantaran punya cerita :)

Selamat petang kawan-kawan blog SukaGelak.
Dan tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baruuuu....( Makcik kat food court tadi sibuk wish kat pelanggan2 die, jadik SukaGelak pun nak join makcik tu wish kat kawan2 jugak )

Hari Sabtu haritu SukaGelak pegi kenduri kawin sepupu En. Tunang dekat Bandar Mas, Kota Tinggi.
Dapatlah kenal-kenal dengan sanak-saudara sebelah abah En. Tunang.
Ramai rupenye sanak-saudara die. Tu belum campur dengan belah emak die.
Acamner nak ingat sume2?
Tiap kali kenalkan sedara die, mesti orangnya lain-lain.
Huhuhu... Layankan jelah.

Lepas kenduri, pergi merayau cuci-cuci mata dekat bandar Kota Tinggi.
Memang niat asalnya nak mencukupkan barang-barang hantaran.

Hentian pertama Al-Ikhsan.
Ada sale woooo... Nasib baik la ade sale, kalau tak mau koyak rabak la poket.
Kenapakah dan mengapakah barang2 kaum Adam ini terlalu mahal harganya?
Bukannye ade bling-bling pun.
Labuci ke manik ke batu swarovski lagi la tak de.
Huhuhu.. Tak pela kan. Bukan selalu pun..
Selepas ditimbang ditolak tambah darab bahagi sume, dapat la jugak beli sepasang.

Next stop ke Plaza Kota Tinggi.
Mencarik sepersalinan baju untuk Beta.. Muahahahaha...
Mula-mula pandang sebelah mata jek kat plaza ni.
Maklumlah, dah biasa tengok Sogo, Midvalley bagai.
Tapi bila dah sampai dekat floor atas sekali, terus rasa macam.......
Wow, cantiknya baju tu, cantiknya baju ni.
Nak patern yang cemana ni?
Nak warna yang mana ni?
Semua cantik2.. Peplum pun ade.
Tapi En. Tunang cakap "Badan jadik macam pelam nanti kalo pakai peplum ni"
Huhuhuhuu.. Terus patah semangat nak beli peplum tersebut.
Next time ye wahai peplum.... :P
Penyudahnye, amik jugak sepasang baju kurung moden yang bling-bling-bling.
Hahaha... Baru puas ati beli mahal-mahal ade batu bling2..Toing-toing..
Yang terharunya, makcik yang jual baju tu mendoakan semoga ikatan perkahwinan kami kekal sampai ke anak cucu..
Makcik, saya nak kekal sampai bila-bila-bila..
Tapi xpe la makcik.. Tak sangka makcik itu begitu baik hati :)
Baju raya tahun ni boleh carik kat kedai makcik tu la.
Tapi macam tak ingat jek kedai nombor berapa?Wuhuhuuhuhu....

ehsan gambar

Okeh la kawan-kawan..
Sekian saja untuk harini.
Terima kasih sebab sudi baca :)
xoxo.

Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 Comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.