Kasih Juju

March 29, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Lirik Lagu Hael Husaini - Jampi

Image result for jampi hael husaini
Image source: google image
Lirik lagu: Jampi - Hael Husaini
Bermula pandang pertama
Terlihat kamu didepan mata
Terasa debar didada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buatku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu diri kamu
C/o:
Dan bila, kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila, Kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah
Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
C/o:
Dan bila, kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila, Kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Malam berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selama kau milikku
C/o:
Dan bila, kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila, Kau hambakan hatiku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Dan bila
Tenyata
Aku cintai.....

March 28, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Assalamualaikum korang,

Wah, nampaknya Lazada ada buat kontes lagi untuk blogger. Walaupun saya tak menang untuk kontes yang sebelum ni, tapi tak bermakna saya dah merajuk dengan Lazada. Hehehe.. Anggaplah rezeki tu berpihak pada orang lain.


Kali ni Lazada buat sale untuk Baby Fair pula. Ha kalau korang yang dah ada anak tu mesti selalu je kan tengok barang-barang yang boleh beli bagi dekat anak. kalau beli untuk diri sendiri pun mestu ingat dekat anak-anak. Kalau korang semua ada sindrom yang macam tu, waktu yang macam ni lah paling sesuai untuk korang cari sesuatu untuk anak-anak. Mungkin baju, mungkin mainan, botol susu ke. Hmm...

Jenama lampin pakai buang kesukaan anda
Bercakap mengenai lampin pakai buang ni, saya sangat mementingkan kualiti. Sebelum setia dengan sesuatu brand, saya suka cuba dulu. Ada yang murah tapi nipis. Ada juga yang terlalu tebal. Yang mahal, murah. Semua saya dah cuba dan akhirnya saya pilih lampin pakai buang jenama Petpet.


Sebabnya lampin dia ni tak terlalu tebal. Nipis sangat pun tidak. Dia termasuk dalam kategori sedang-sedang aja. Dan yang paling penting sekali, walaupun saya pakaikan lampin siang pada waktu malam, dia tak bocor. Maklumlah, kita ni kalau dah seharian bekerja kadang-kadang terlajak tidur sampai tak sedar nak tukar lampin si anak.

Petpet ni sangat lembut dekat kulit anak kita. Walaupun pakai lama, Alhamdulillah tak keluar ruam. mungkinkah kulit anak saya yang tebal atau ada sesuatu dekat lampin pakai buang tu? Hehe, kalau nak tau korang pun kenalah cuba.

Pilihan susu formula untuk anak
Kalau bab susu ni pula seingat saya, ada 3 jenama yang saya dah bagi pada si Firash. Yang pertama, Enfalac. Yang kedua, S26 dan yang ketiga pula Dutch Lady.

Kalau korang nak tau, Firash ni masa lahir dulu berat dia 2.65kg je. Kecik je orangnya. Susu Enfalac tu memang nurse yang suggest. Dia kata bagus untuk tambah berat baby. Tapi bila saya bagi dekat Firash tak naik pula berat badan dia. Makin turun. Risau betul masa tu.

Lepas tu mak mertua suggest S26. Alhamdulillah, 6 bulan juga bagi dia susu S26 ni. Badan dia makin bambam. Siapa yang tak suka kalau badan baby dia macam kartun tayar Michelline tu kan. Berketul-ketul. Tapi saya tak teruskan susu S26 ni. Risau pula kalau obesiti.

Dan akhirnya saya bertukar pada susu Dutch Lady. Sampailah sekarang ni. Firash pun tak nampak tanda-tanda jemu dengan susu ni. Alhamdulillah. Serasi betul dia dengan susu ni. Selera makan pun tak pernah kurang.



Kalau diberi pilihan, dan saya pun memang dah lama tengok barang ni. Dapat ke tak saya nak bagi dekat Firash ni yek? Hehe. Tapi manalah tau kan kalau ada rezeki saya menag kontes kali ni. Saya nak belikan Firash motor ni.


Hah, mengancam tak warna merah motor ni? Dalam banyak-banyak benda dekat Lazada tu, yang ni jugalah yang menarik perhatian. Firash suka dengan benda-benda yang bergerak ni. Lagi-lagi kalau dia dapat bawa sendiri.

Sebelum ni kalau pergi shopping mall memang selalunya dia akan minta naik motor ni. Kalau tak motor pun kereta. Dapatlah puaskan hati dia. 10 minit RM6.00. Kalau satu hari asyik mintak main mende ni je dah boleh beli 3,4 biji dah motor ni kan.

So, korang tunggu apa lagi. Jangan lupa temujanji kita dengan Lazada Baby Fair ni pada 29 Mac 2017 hingga 2 April 2017. Sekarang ni dekat website Lazada --> http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sedang berlangsung satu kontes khas untuk korang like facebook diorang. Jangan lupa terjah website Lazada yek. Diskaun sehingga 85%. Ye betul. 85% weh. Marilah berjimat cermat.

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim - Episod Persiapan

Assalamualaikum semua,

Kalau korang ada follow instagram saya, mesti korang perasan saya ada publish pasal Program Kasih JDT Blogger bersama Anak-anak Yatim ni kan. Ape?? Tak amik port?? Okeh foine.. Sila follow instagram saya sekarang. Muehehe.. --> Instagram KasihJuju

Sebelum majlis ni berlangsung, macam-macam persiapan kami buat. Siapa yang tak nak majlis berjalan lancarkan. Alhamdulillah, kami berjaya mengatasi emosi yang macam-macam tu dengan jayanya.

Terima kasih dekat Blogger MiaLiana, Mar Mansor dan juga Yaya Cendana yang dah turun padang untuk melawat kawasan-kawasan yang bakal kami bersihkan dekat rumah anak yatim tu nanti. Ops, lupa pula nak bagitau. Kami pilih rumah anak yatim di Kluang. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Ada juga mencari di area JB. Tapi cuma yang dekat sini available.

pkayik kasihjuju.com

Dalam masa yang sama kami juga mencari para dermawan yang sudi untuk berkolaborasi dengan kami. Dan Alhamdulillah, sambutan daripada mereka juga sangat-sangat menggalakkan. Terharu sangat. Ramai yang bermurah hati nak sponsor macam-macam keperluan anak-anak ni.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Antara barang yang kami terima; beras, gula, tepung. biskut dan macam-macam lagilah. Petang sebelum hari kejadian tu, saya bersama-sama dengan kakak-kakak JDT Blogger ke Kluang Parade untuk membeli keperluan anak-anak yatim. Bonet kereta masing-masing dah padat. Tak mampu nak bawa dari JB.

Tengok jelah gambar dekat atas tu. Mau mendak kereta kalau bawak semua barang-barangt tu. Hehe.. Nasib baiklah dah bagi sama-sama. Berat sama dijinjing kan.

pkayik kasihjuju.com

Huh, sila abaikan muka saya selekeh itu yerk. Akak yang dua orang ni laju betul berjalan. Macam kena kejar hantu. Hehehe.. Takut kedai tutup agaknya. Saya pula jalan santai-santai je sebab bawak budak kecik. Jadi banyak tempat nak singgah. Lebih-lebih lagi kalau tempat tu ada ultraman. Alahai budak kecik nih.

Yang dekat bawah ni pula persiapan di dewan makan. Salah satu pengisian yang akan kami buat dengan anak-anak di sini nanti. Malam tu juga pihak penaja datang pasang belon. Tak nak tunggu hari kejadian. Sebab kami tak nak ganggu aktiviti utama nanti.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Cantikkan dekorasi belon-belon tu. Suka sangat saya tengok. Gabungan warna dia pun cantik. Berharap sangat anak-anak ni suka dengan apa yang kami buat ni.

Kalau korang rasa nak buat surprise birthday party ke, anniversary ke boleh amik dengan sponsor kami ni. Cantik sangat deko-deko dia.

Tengok dekat sini --> surprise event equineconceptbp

Malam tu juga, blogger Hernee dan blogger Rohaida packing goodies. Goodies pun banyak yang kami dapat. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia ni memang pemurah semuanya. Semoga bertambah-tambah rezeki korang lepas ni yek.
pkayik kasihjuju.com

Okeh, jumpa lagi dekat entri hari kejadian pula ye.
Wassalam.

March 27, 2017

Beauty Review : Uriage Eau Thermale HiShop.my

Hai semua,

Harini saya nak memperkenalkan satu produk yang sangat menarik untuk kita semua yang mementingkan kecantikan.

Memang tak dinafikan sekarang ni memang berlambak-lambak produk pembersih muka. Ada yang organik, ada yang wangi, ada yang banyak bahan kimia..Opss.. Korang tinggal pilih je nak yang mana kan. Cuma tak tau mana yang betul-betul sesuai dengan kulit.
uriage kasihjuju

Tapi kali ni, saya nak kenalkan korang dengan produk yang berasaskan dari thermal water. Mula-mula saya pun tak tau apa itu thermal water? Dari mana sumber air ni? Bagus ke letak dekat muka? Korang pun mesti tertanya-tanya jugakan.

uriage kasihjuju
Sumber air daripada alam semulajadi 

Selama beberapa tahun, Uriage Water Thermal telah berada di bawah pergunungan Belledone Alpine, mengambil unsur-unsur mineral di sepanjang laluannya. Ia keluar dari bumi pada kedalaman 80 meter, terlindung dari udara dan pencemaran. suhu air (27 ° C), pH neutral dan komposisi mineral kekal tidak berubah.

uriage kasihjuju
Air semulajadi yang isotonik

Perkataan "isotonik" bermaksud bahawa Uriage Water Thermal di osmosis sempurna dengan permukaan dan selaput mukus. Ia menghormati integriti sel kulit. Ia bertindak dengan cara yang sama seperti serum fisiologi, ia tidak mengubah saiz atau jumlah sel-sel. Ia juga amat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk yang paling sensitif.

uriage kasihjuju
Air yang luarbiasa yang sangat aktif

Uriage Water Thermal mempunyai kandungan yang sangat tinggi dengan mineral dan unsur surih berbanding dengan air panas lain yang digunakan dalam dermatologi (11,000 mg / l). Mineral dan unsur surih yang memainkan peranan biologi penting dengan sifat-sifat diiktiraf bagi kulit.

URIAGE Hysaec Cleansing Gel

uriage kasihjuju

Pencuci muka. Sesuai untuk kulit kombinasi ke kulit yang berminyak.

Kandungan 

- Uriage Thermal Water

- soap-free cleansing base
- Piroctone olamine
- Epilobium extract
- Glycin                                                                                          
- Hypoallergenic
- Non-comedogenic
- Physiological pH
- Soap-free

Cara Penggunaan
Picitkan sedikit di tapak tangan dan sapukan ke muka. Bilas sehingga bersih. Gunakan pagi dan petang.

uriage kasihjuju
Sabun ni tak berbuih sangat. Jadi korang tak perlu nak ambil masa yang lama untuk cuci muka. Dan dia juga berbau wangi. Damai je bau dia. Kalau tak percaya, kenalah beli.

URIAGE Hysaec Cleansing Gel 150ml FREE Uriage Thermal Water 25ml

RM61.90
Beli di sini --> HiShop

Thermal Micellar Water

uriage kasihjuju

Produk ini berfungsi sebagai make up remover untuk kulit normal atau kombinasi. Ekstrak epal hijau dan pore refiner dia boleh normalkan kehadiran sebum-sebum yang tak bagus dekat muka kita.

Ia juga boleh menanggalkan waterproof eye make up. So, kalau korang guna eyliner atau maskara yang waterproof tu boleh gunakan Thermal Micellar Water ni.

Kandungan
 - Uriage Thermal Water
 - Glycerin
 - Green Apple extract
 - Genle non-ionic surfactants
 - Hypoallergenic
 - Ophthalmologically tested

Cara penggunaan
Tuang sedikit Thermal Micellar Water dekat cotton pad dan sapukan ke seluruh wajah dan juga leher. Tak perlu bilas dengan air.

uriage kasihjuju

uriage kasihjuju

URIAGE Eau Micellaire Thermale PMG 250ml FREE Uriage Thermal Water 25ml

RM80.00
Beli dekat --> HiShop

Uriage Thermal Water
uriage kasihjuju

Produk ini boleh menghidrat permukaan kulit, mengurangkan radang kulit dan 100% isotonik

Kandungan
100% aqua Uriage Thermal Water

Cara Penggunaan
Spray mengikut keperluan. Tidak perlu di keringkan supaya bahan aktif dalam air tersebut dapat bertindak dengan efektif.

uriage kasihjuju
Nampak tak muka saya glowing lepas spray dengan thermal water ni. Lembab je rasa dekat muka. Kalau rasa kelembapan dia tu dah nak hilang, korang spraylah lagi.

URIAGE Eau Thermale D'Uriage SP 50ML FREE Uriage Thermal Water 25ml

RM20.90
Beli di sini --> HiShop

Apa yang menarik perhatian saya dekat sini, Uriage Thermal Water ni sangat banyak kegunaannya. Antaranya:
  • Melegakan dan membina semula sel-sel kulit dalam bidang perubatan
  • Melegakan iritasi
  • Mengurangkan rasa terbakar dan kesan merah akibat penggunaan kosmetik
  • Melegakan ruam bayi
  • Melegakan kulit kesan matahari
  • Memperbaiki kulit mengelupas
  • Melegakan mata yang penat
  • Make up remover
  • Boleh juga digunakan selepas make up
  • Melembutkan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari
  • Mencegah kulit daripada radikal bebas
  • Melegakan iritasi dan ketidakselesaan kulit
  • Mengurangkan rasa pedih selepas proses membuang bulu
  • Menyamankan selepas bercukur
  • Memberikan kesan hidrasi yang cepat
  • Melegakan perasaan tidak selesa wala di mana anda berada
Ha nampak tak. Ada 16 sebab kenapa Uriage Thermal Water ni perlu sentiasa ada dengan korang. Tak kira walau kemana pun korang pergi.

Okeh, jangan lupa beli dekat -->
Khas untuk pembaca blog saya, saya nak bagi extra diskaun dekat korang. Yeay.. Suka tak? Suka tak?
uriage kasihjuju
Dalam ruangan enter discount code tu korang masukkan code JULIA
Dan korang akan dapat 15% rebat. Ha... Special untuk yang baca blog ni je tau. Yang tak baca tu suruh dia baca sekarang. Hehe

Follow their social media:
 Instagram: @hishopmy
Twitter: @hishopmy

Terima kasih sudi singgah. Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign