14 February 2013

Pre-Wedding Preparation

Hai kawan-kawan blog sume. Korang cuti panjang ke Raya Cina ni? SukaGelak memang tengah cuti panjang ni. Orang Cina yang raya orang melayu yang sibuk cuti panjang. Ape kes?
Kite kan 1 Malaysia. (Alasan semata-mata)
Sebenarnya SukaGelak sibuk berurusan dengan Gomen. Maklumlah, SukaGelak nak nikah da in 2 or 3 months ni.. (wuhuuuu.. macam tak caye jek).
Tapi tak de tarikh rasmi lagi.. Huh.. Sedih betul. Sibuk je pegi siapkan itu ini. Tapi bile orang tanya bila tarikh, terkujat-kujat nak menjawab.
Penyudahnya bagi jawapan macam ni "Ni la yang payahnye bile abah keje polis.Takut nanti bile Najib umumkan tarikh PRU, terkene plak taim wedding tu ha cane?"
Huhuhuwargh.... DS Najib, cecepat la bubar parlimen.. 

Eh, eh, jauhnye melalut. Sebenarnya nak share pengalaman sebelum proses nikah ni ha. Sangat-sangat berguna kalau ade pembaca yang dari negeri Johor sebab SukaGelak dan bakal suami pun orang Johor.

Mula-mula encik tunang yang pegi pejabat agama daerah Kluang amik borang nikah. Pastu dorang cakap kalau sama negeri boleh isi online jek. Ni websitenye eNCR.johor.gov.my
Tapi, memandangkan encik tunang tak de kemudahan internet, kitorang isi manual jek. Ade jugak pengalaman dekat Pejabat Agama Pontian. Tapi sama jugak macam kes encik tunang, orang kat situ suruh masukkan dekat webite eNCR jugak.


Tak pe lah kan.. Dapat jugat tau persekitaran tempat tu macam mane.
Part yang paling best sekali mase tengah tunggu giliran nak beli borang tu terdengar ade orang bace doa Qunut, rukun nikah.. Ohohoho... Part yang tu belum sampai lagi nak story kat sini. Yang tu lepas da siap semua dokumen nak hantar baru boleh cerita..
(Psst.. tempat korang mesti tak kene interview mase hantar borang nikah kan? Johor kene interview wey..)

Habis cerita dekat Pejabat Agama. Semalam pegi amaik borang, harini pegi buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Kahang. Punye lah jauh pegi klinik kesihatan, macam dekat Kluang tu xde je kan..
Sebenarnye sepupu SukaGelak keje situ. Dah alang-alang nak buat ni terus je pegi kat Kahang. 
Sekejap je proses die. Result pun boleh dapat taim tu jugak. No need to wait a weeks or a month like my future-bro-in law did. Haish,tak tahu la kenapa they have to wait that long. Sadis..

Dan, begitulah berakhirnya kisah pre-wedding untuk kali ini. Next taim SukaGelak update lagi yeh. 

Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 Comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.