4 December 2013

Entry Bergambar : Makan Angin di Bukit Tinggi, Pahang... Lagi

Ini adalah entri sambungan daripada SINI.

Group kitorang ni gerak dari KL dalam pukul 11.30 pagi. Sampai dekat Bukit Tinggi pukul 1.15 petang. Macam jauh sangat je kan perjalanan ni. Padahal 50 minit dah boleh sampai. Singgah isi minyak lah, singgah makan lah, perut tak sempat nak lapar balik dah sampai Bukit Tinggi ni. Tapi elok jugak sampai lewat. Check-in pukul 3 petang. Jenuh la dok merayau kat kawasan tu.

Jom layan gambar-gambar kat bawah ni
Baru sampai, muka sememeh gile. Tak dapat check-in lagi. Merayau dulu dekat menara.

Dah habis nyanyi, tunggu masa nak makan. Perut dah lapo sangat.

Nak balik dah. Posing dulu.

Dewan Le Chavelier.


Japannesse village. Yang pakai kimono tu bukan 'entiti' ye. Bile tengok balik macam seram pula. Hahaha.

Boleh sewa kimono kat sini. RM20 je.






Korang perasan tak sling beg yang SukaGelak dok usung kemana-mana tu? Ni nak bagitau kat korang, SukaGelak beli beg tu dekat Zalora Malaysia. Suka sangat dekat beg tu sebab senang nak angkut ke hulu hilir. Tak payah bawak beg besar-besar. Korang yang nak handbag murah Zalora Malaysia, boleh klik dekat website Zalora.

Kalau korang nak tau, dari tempat parking nak ke perkampungan Jepun ni kena mendaki tangga. Dulu kene naik jalan yang dah di tar, sekarang dah buat tangga. Nampaka macam memudahkan. Tapi tetap kena guna tenaga jugak. Berpeluh-peluh sampai atas.

SukaGelak tak sempat nak ambil gambar dalam bilik sebab jadual padat sangat. Masuk bilik, solat lepas tu terus ke dewan untuk sesi raptai. Balik daripada raptai dah penat. Kena siap-siap pula untuk majlis malam tu. Penat-penat, semua nak kelam kabut.

Kalau ada yang nak bercuti ke tempat-tempat menarik tu, bolehlah selitkan Bukit Tinggi ni dalam list korang. Sure seronok.

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

2 comments:

  1. Sya pegi sekali je bukit tinggi ni..mmg best dan cantik tempatnya..nnti nk pg lagi..

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.