Alat Untuk Cek Gula Dalam Darah - Glucometer - Kasih Juju

27 Mac 2014

Alat Untuk Cek Gula Dalam Darah - Glucometer

Sapa ade baca pasal keluh-kesah SukaGelak semalam pasal nak pergi klinik untuk cek gula dalam darah??
Ape?? Takde yang baca? Ni yang nak marah ni. Hahaha.. Percayalah sangat kalau SukaGelak nak marah. Tak marah pun. Masih sempat lagi kalau nak baca. 

SukaGelak ada terbaca banyak jugak pasal blogger mom2be yang ada masalah yang sama dengan SukaGelak. Dan ada sorang tu telah membawa SukaGelak ke laman web LELONG untuk beli alat yang sama macam kat klinik. 

Apesallah selama ni tak terfikir nak beli kat situ. Asyik melilau-lilau cuci mata tengok tablet je. Mana nak jumpa kan. Kesimpulannya jangan panik. Google jek. Baca pengalaman-pengalaman orang lain. Mesti ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.

Dan harini, barang yang ditunggu-tunggu pun sampai. Sehari je. Cepat betul servis diorang. So, SukaGelak highly recommended dekat korang. Ni link terus ke produk yang dah sampai kat tangan SukaGelak. http://www.lelong.com.my/one-touch-select-simple-blood-glucose-monitor-life-time-warranty-counterp2-141858346-2014-12-Sale-P.htm

Klik gambar untuk lebih jelas
Klik gambar untuk lebih jelas
Sangat puas hati dengan kotak packaging. Ade plastik untuk tahan hentakkan. Tak rugi beli. Eh, eh, terover promote pula. Encik Lelong, ade royalti sikit tak? Muehehehehe..
Untuk yang tak rajin nak merayau dan survey dari satu farmasi ke satu farmasi macam SukaGelak ni, eloklah merayau-rayau ke website diorang ni. Lagipun produk ni ade life time warranty.

Okeh, settle masalah bsp. Lepas ni tak tau apa pulak. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

1 ulasan:

  1. preggy2 ni pantau kandungan gula dalam darah ek...ekekekeke....

    BalasPadam