21 May 2014

Kebaikan Buah Delima Untuk Ibu Hamil

delima
Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya semalam SukaGelak puasa. Singgah kedai buah nak beli anggur hijau. Pastu ternampaklah buah delima ni atas meja display dia. SukaGelak pun belilah sebijik. Rm8.00. Memang tau buah ni bagus dimakan masa mengandung. Tapi tak tau pun bagus tang mana. Hehe.
Tu yang pagi ni dok sibuk meng'Google sana-sini mencari info. Akhirnya jumpa juga info pasal buah ni. Banyak lagi sebenarnya khasiat buah ni. Kalau nak tau korang boleh google sendiri ye :)
Terima kasih sudi baca :) Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

8 comments:

  1. salam. hai. sy tak penah makan lagi buah delima ni..hehehe btw thanks share

    ReplyDelete
  2. huhu..Mmg bagus utk ibu mengandung. Tapi sy x dpt mkn smp bersalin sebab time pregnant tu bkn musim buah delima..hoho

    ReplyDelete
  3. tak banyak kedai buah yg jual buah delima. Ingat nak beli jus tu je, tapi tak beli-beli..hihi. Dah nak hujung2 sy preggy ni,ada yg tak sempat beli agaknya.. mmg khasiatnya banyak kan..tak pregnant pun bagus mkn buah delima. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam pun ade 3 biji je.tu yang terus beli :)

      Delete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.