23 September 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Enche' Besar Hajah Kalsom Kluang, Johor

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa semua.

Ade yang rindu SukaGelak tak? Hah!! Tak de. Okeh, nak nyuruk bawah katil jap. Malu... Hehehe..
Walaupun SukaGelak dalam mood bercuti sekarang, tapi ade je halangan nak menyambung entri haritu. Dikelapangan yang ada ni SukaGelak nak ambil kesempatan ni menyambung entri yang ini.
Dipendekkan cerita, setelah 3 hari warded, baru dapat masuk labour room. Suasana dalam labour room seriously scary. Dahlah ini pengalaman pertama. Boleh dengar pulak suara-suara suruh push, menjerit, mengerang sana-sini. Okeh, SukaGelak dah kecut perut. Dengan bunyi jantung baby yang volume die kuat giler. Sampai sekarang tak boleh nak dengar bunyi tu. Fobia. Dahlah baby SukaGelak tak aktif dalam perut. Asik tido jek macam mak die. Eh, yeke? Opsss...

Tiba-tiba doktor masuk bilik SukaGelak, die cakap : "Puan, kami terpaksa operate perut puan sebab graf jantung baby puan tak cantik." SukaGelak dalam keadaan blur dok angguk-angguk je. Operate pun operate lah. Dah jalan xmo bukak. 3cm je dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi.

Sebelum kene tolak kat operation room kene masuk tiub kat lubang hidung, masuk tiub kat saluran kencing, kene injek ubat ape tah nak bagi perut kosong. Muntah kat situ jugak. Sape suruh korang tak stand by plastik. Habis lantai korang. Hehe.

Masuk kat operation room kene injek kat belakang badan pulak. Bius separuh sedar katanya. Memang SukaGelak sedar pun. Cuma tak boleh nak tengok lah diorang keluarkan baby tu macam mana.

Tepat jam 11.32am, keluarlah anak SukaGelak. Macam tak caya dah ada anak sekarang. Diorang tunjukkan baby kat SukaGelak, dapat cium skali je sebab baby kene masuk NICU. Sebabnya air SukaGelak dah keluar lebih 24jam. Takut kene jangkitan kuman. Alahai, siannya baby. SukaGelak pulak total blood loss = 1.1liter. Banyak giler hoi. 

Lepas tolak kat wad, kepala tingtong jek. Tengok kiri kanan semua berpusing. Nak capai handphone pun tak larat. Nasib baik husband boleh masuk tengok bini die lepas operate ni. Kalau tak memang terputus hubungan sekejap. Jam pukul berapa pun SukaGelak tak tau. Tido jelah kejanye.

Okeh, terpanjang lak cerita. Harap-harap tak de yang jemu membaca. Lepas ni nak story pasal baby pulak. (^.^)v
Meh SukaGelak belanja gambar baby satu.
Masa ni baby baru 1 hari :)

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

7 comments:

  1. alahai comeynya baby, sama umur baby kita, beza bulan ja..;-)

    ReplyDelete
  2. uii..comelnya anak dia..tahniah..:)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. Comelnye anak kak .
    Tahniah and welcome to parenthood! :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Alahai, MasyaAllah comelnya baby :)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.