13 May 2015

Hotel Review - Ava Saigon Hotel, Ho Chi Minh City, Vietnam

Eh, eh, tiba-tiba nak buat review hotel ni ape kes? Ha, sebab haritu sukagelak memang pergi sana nak shopping semata-mata. Sebelum cerita bab shopping kat sana, sukagelak nak buat review hotel dulu.

Sukagelak nak recommend hotel ni dekat korang kalau korang ni memang jenis yang pergi sana kalau nak shopping je. Sebabnya dekat sangat dengan pasar ben thanh tu. Jom layan gambar bilik.



Kawasan hotel ni memang selamat. Petugas kaunter pun peramah. Sangat-sangat peramah. Sangat membantu jugak. Harga hotel pun murah je. Duduk 4 orang. 2 malam cuma rm318.58 je untuk 2 orang. Dibahagi pulak dengan 4 orang, seorang cuma perlu bayar rm80 untuk 2 malam. murah hoi. bilik pun besar. bilik mandi pun luas. 

Hari isnin tu, kami amik flight awal. pukul 9 pagi waktu vietnam dah landed. blur-blur sekejap sebab waktu check in hotel pukul 12 tengahari. penyudahnya main redah je pergi hotel dulu. mana tau dapat check in awal. dan nasib memang menyebelahi kami. receptionist tu cakap 'your room is ready. you can check in now or at twelve o'clock.' rasa macam nak melompat happy sebab dapat check in. tak sabar nak golek-golek atas katil. letih sebab pukul 4pagi dah bangun. main lumba lari lagi dekat KLIA2. penat wey.

Part yang paling best, hotel ni ade free laundry wei. 1 orang 1 persalinan. untung sangat-sangat. jarak dengan pasar ben thanh pun cuma 200 meter ataupun 3 minit je jalan kaki. tak payah naik teksi. buat kena tipu je nanti.

breakfast included. tapi kitorang cuma berani makan roti dengan telur rebus je. siap nak bagi sosej la bagai. tak lalu la wei nak makan. breakfast terus hantar ke bilik.

Gambar-gambar kat atas tu sukagelak amik dekat Agoda. Meh blanja gamba dalam bilik sekeping.
Hakhak.

terima kasih sudi baca.
wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.