Muhammad FIrash Warded Lagi - Kasih Juju

12 Mei 2015

Muhammad FIrash Warded Lagi

Assalamualaikum semua.

Hari Rabu minggu lepas, suami bagitau si domok Firash punya nafas berbunyi kuat. Dalam hati agak mesti semput die nak datang balik. Risau sungguh masa tu. Maklumlah, tak dapat nak sama-sama pantau pernafasan dia. Penyudahnya petang tu suami hantar gambar kat bawah ni.
Ha korang jangan tertipu dengan keaadan tenang firash ambil neb tu. Sekejap je tengangnye tu. Lepas tu meronta-ronta tak mau sedut asap tu.

Malamnya suami bawak pulak pergi hospital. Tu pun lepas mak mertua desak sebab tengok firash dah nak sesak nafas. Amik neb 2 kali. Tengok nafas masih lagi laju. Penyudahnya kena tolak ke ward ler. Terpaksalah encik suami tu jaga anak dekat hospital. Mamanya tak berani nak drive malam-malam dari KL ke Kluang. Bahaya wooo. Karang kena follow ke, kena baling telur ke, naya je kan. Dah lah sensorang. Huhuhu.. Tak lena tidur dibuatnya.

Besoknya SukaGelak masuk ofis dulu inform bos nak cuti. Pukul 9 pagi gerak balik. Pukul 12.30 jugak sampai hospital. Bukan sebab jalan sesak. Memang nak tunggu waktu melawat.
Sampai-sampai jek tengok firash tengah amik neb. SIap tidur nyenyak lagi tu. Mak mertua cakap dari pagi dia tak tidur. Nak main je. Dah tengahari tewas jugak akhirnya. Encik suami tukar syif dengan mak dia sebab mata dah tak tahan katenye. Mengantuk giler sebab tak dapat tidur.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua firash warded. Masa mula-mula dulu 8 hari woi tidur spital. Ting-tong kepala jadinya. Tapi demi kesihatan anak, tak pe lah. Mama buat apa je janji firash sihat. Meh layan gambar firash kat spital meh.

Bukan main aktif lagi. tapi ruang nak golek-golek tak cukup luas. kepala asyik terhantuk besi je. hehe.. nak buat macam mana. awak tu 'gembeng' sangat.

Hari Jumaat dah boleh discharge. alahai, mamalah orang yang paling happy. dapat tidur atas katil. yahoo.. hahaha. disebabkan firash budak baik, mendengar kata, mama upah jalan-jalan pergi kenduri kawen dengan pergi Jusco Tebrau. Harap-harap lepas ni anak mama tak masuk hospital dah. sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, amin.
Terima kasih sudi baca.
jumpa lagi.
wassalam.

4 ulasan: