Kasih Juju: Hello December

December 10, 2015

Hello December

Assalamualaikum korang.

Macam dah lama rasanya tak hapdet life SukaGelak. Asyik join segmen je kan. Mesti korang pun tertunggu-tunggu entri terbaru dari SukaGelak kan. ( Huh, bajet retis sangat!! )
Image result for hello december images
Okeh, meh SukaGelak nak share dengan korang ape yang SukaGelak dah dapat di awal bulan December ni.

Yang pertama sekali....................Sila rujuk gambar di bawah.
Tadaaaaa...... Setelah sekian lama menunggu peluang untuk bertukar, akhirnya dapat jugak tahun ni. Dari tahun 2008 lagi dah berhijrah ke bumi Kuala Lumpur. Masa tu masih bujang. Jadi bolehlah SukaGelak terima tawaran kerja ni. Kalau dah berkahwin mungkin berkira jugak nak pergi sini. 

Bermula dengan jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan sampai dapat tukar skim ke Pembantu Ehwal Ekonomi. Alhamdulillah, lepas beranakkan si Firash terus dapat offer tukar skim. Rezeki anak. Tapi ambil masa setahun jugaklah nak dapat tukar ni. bukan senang rupanya.

tapi segala susah payah tu akhirnya berbalas. dapat juga duduk sebumbung dengan suami dan anak terchenta. entah macam manalah situasinya nanti. 

berdebar-debar pulak bila membayangkan suasana kat tempat keje baru tu nanti. macam-macam benda nak fikir. Hadoi... tak payah fikir dulu lah kot. kita enjoy dulu dekat opis lama ni. hehe

Dan ade satu lagi berita gembira di bulan disember ni. semalam, 9/12/2015, hadirnya seorang puteri penyeri rumah atok Padil dengan nenek Wagiah. alhamdulillah, biras dah selamat bersalin baby perempuan. satu-satunya cucu perempuan sulung setelah 5 orang hero dalam rumah tu.

happy benor rasenye. dah tak sabar nak balik kampung tengok baby. nak bau baby. rindu betul. haha.. ni macam kena tambah anak lagi ni.

okeh, sampai sini dulu. jumpa lagi di lain entri.
wassalam.

2 comments:

  1. tahniah dapat berpindah!

    saya dulu pn memohon pindah ke Limbang sbb nak dekat dgn suami walaupun asalnya memang sy orang sandakan sabah, bekerja pn mmg di sandakan...tp kerana nak dekat dgn suami sy memohon pindah ke Limbang...skrg dah 2 tahun dekat Limbang ni...suasana kerja pun elok je hehe...tapi, masa sy memohon pindah tu alhamdulillah, sy dpt claim perpindahan sebab masa tu sy dah 5 tahun berkhidmat...so, pekeliling kata boleh claim, dpt la claim...yg bestnya bila dah bertukar wilayah ni (sabah ke sarawak) dapat pula elaun pertukaran wilayah (epw)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..lega sikit bila dah dekat dengan family ni kan :)

      Delete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign