Kasih Juju: Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015

December 16, 2015

Kontest SEO MYiDEAKiNi.com 2015


Assalamualaikum korang,

Harini saya nak try join kontes seo ni. Manalah tau ade rezeki. Boleh dapat domain free setahun. Diulangi, setahun okeh. Makan hatilah kalau korang tak join segmen ni. Tengok je nanti kite tayang domain baru. Hikhikhik.

Selama ni memang dok pasang angan-angan nak tukar domain sendiri. Tapi selalu hajat tu tak kesampaian. Sebabnya banyak sangat aral melintang-pukang. Unsur-unsur syak dan wasangka, kurang keyakinan dan anasir luar. 

Ha, jangan pelik  pula kalau saya cakap ade pengaruh dari luar. Maklumlah, nak wujudkan blog ni pun ramai yang bagi pendapat negatif, apatah lagi nak mengukuhkan blog tu pula. Kalau nak bercakap pasal cabaran berblog, memang terlalu banyak. Ramai yang negatif dari positif. Jadi, terpulanglah pada kita nak tapis yang negatif macam mana.

Kalau, diberikan peluang ade domain sendiri, saya akan pilih www.kasihjuju.com.
Kenapa pula nak letak nama kasih juju ni? Ha, sebabnya sejak melangkahkan kaki ke alam pekerjaan, ramai pula yang pangil Juju. Lagi mesra katanya. Lepas bertukar kerja pun nama Juju tu masih melekat. padahal start panggilan tu masa kerja dekat JB. Tak alih-alih kerja kat KL pun diorang dok panggil kita dengan nama tu. 

Jadinya, nak mengenang sejarah Juju tu, saya pun abadikanlah dalam blog kesayangan saya ni. Perkataan kasih tu pula nampak lebih mesra dan penyayang. Simbolik dengan status saya yang bergelar isteri dan ibu.

Pada mulanya saya berblog kerana nak melaksanakan assignment adik yang pada masa tu belajar dalam bidang teknologi maklumat. Saya pula dalam masa yang sama memang banyak sangat waktu lapang. Jadi bermulalah kisah saya sebagai seorang blogger suka-suka.

Setelah lebih kurang 4 tahun berblog, saya lebih banyak berkongsi mengenai lirik lagu dan aktiviti yang saya buat. pasal makan, jalan-jalan, info pasal kehamilan dan bermacam-macam lagi. Sekali imbas macam rojak jugalah. Bercampur-campur. Hehe.

Dalam masa yang sama, saya suka nak bercampur dengan komuniti blogger yang sangat luas di alam maya ni. Sesuai dengan tagline "kearah menjalinkan ukhwah silaturrahim antara blogger". Bila kita dapat meluaskan networking kita, insyAllah macam-macam ilmu yang akan kita dapat.

Okkay, sampai sini dulu. Jumpa lagi di lain entri ye. Wassalam

8 comments:

  1. Assalamualaikum...Terima kasih atas sokongan dan penyertaan...

    MYiDEAKiNi sudahpun review artikel ini, sila masukkan TAGLINE dalam artikel anda...Terima kasih... :-D

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..

    semoga berjaya dalam contest seo nie yer.

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Artikel ini telah di reviw sekalilagi dan disenaraikan dalam peserta kontest. MYiDEAKiNi ucapkan semoga berjaya dalam kontest SEO.. :-D

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign