Kasih Juju: February 2015

February 27, 2015

Menang Bookmark dari greenhousera.blogspot.com

Firstly nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat tuan tanah greenhousera.blogspot.com sebab remind SukaGelak pasal hadiah ni. SukaGelak betul-betul tak sangka boleh menang. Hehe. Sebab tu tak cek pun nama tersenarai ke tak. 

Korang nak tengok ke bookmark yang SukaGelak dapat? Okeh okeh meh SukaGelak tunjuk dekat korang.
Ha... Comeykan. Sila jeles okeh.. :D
Terima kasih lagi sekali dekat Ruqaiyah Amanina dan jugak Syira Lokman sebab anjurkan giveaway awesome ni.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

February 25, 2015

Kecewa Dengan Zalora

Korang rasa apa yang tak kena dengan sandal yang SukaGelak beli dari Zalora ni?
Boleh klik gambar untuk lebih jelas.


Bila Firash Demam

Assalamualaikum.
Hai semua. Ada ke yang baru naik kerja hari ni? Okeh, kita geng. Meh sep sikit. Mesti korang pun macam SukaGelak kan. Malas nak hadap jem kat hiway. Lebih baik duduk kat rumah bergomol dengan Muhammad Firash. Haha.. Heaven betul rasanya.

Cuti raya Cina ni SukaGelak tak pergi ke mana pun. Muhammad Firash batuk-batuk. Kesian sangat tengok die. Rasa macam nak suruh dia pindahkan segala penyakit dia tu dekat mama dia ni ha. Dengan kahak yang susah nak keluar. Tidur malam hidung tersumbat. Kuat betul die berdengkur. Kalau menangis mesti batuk-batuk. Sedih betul tengok anak masa tu.

Nasib baiklah Mak Lang ada balik kampung haritu. Memang pandai mengurut orangnya. Amik pakej urut Firash 3 kali berturut-turut. Meraung-raung budak tu bila kena urut dekat bahu die. Kesiannya anak mama. Tapi kalau mama tak urut Firash, lagilah mama risau Firash asik batuk je. Sampaikan gelak lebih-lebih pun tak boleh. Asik nak batuk je kerjanya.

Alhamdulillah, anak mama semakin sihat. Dah boleh gelak kuat-kuat, bila menangis pun tak batuk-batuk dah. Lega hati mama. Mak Lang pesan rajin-rajin letak vicks yang untuk baby tu dekat belakang badan dia, sambil urut-urut sikit. Biar dia rasa selesa.

Dulu SukaGelak ingat vicks ni cuma ada satu jenis je. Yang SukaGelak suka sangat bau masa mengandungkan si Firash dulu. Rupanya ade jenis lain yang untuk baby. Haha, nasib baiklah makcik bagitau beli vicks yang untuk baby. Kalau sapu yang biasa punya mau menggelupur budak tu. Hehe.
Pinjam gambar kat encik Google
Okaylah korang, lastly SukaGelak nak pesan. Kalau ada anak yang tak sihat jangan bagi dekat dengan baby, jangan bagi cium-cium. Baby kan  senang sangat nak berjangkit. Lagipun sistem antibodi die belum cukup kuat lagi.

Nak tau apa yang dia pandai lepas demam tu? Dah pandai pegang botol sendiri. Pandai pulak masukkan puting botol tu dalam mulut dia. Hehe, bijak anak mama ni. Membesar dengan sihat ye sayang. Meh mama Firash belanja gambar seround.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam. :)


February 16, 2015

Review Novel - Suamiku Encik Perfect 10!

Sinopsis :
Pertemuan yang tak terduga sewaktu penerbangan ke Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta di hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak bernyawa tangan Leeya ni. " - Aleeya Azmeen

"Peduli apa Leeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." - Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih antara cinta terhadap Syed Muzaffar atau Zarief Daniel.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Danial

"Dah, tapi dia milik orang,: - Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempuran buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari encik perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?
----------------------------------------------------------------
SukaGelak dah habis baca novel ni. Dalam masa satu hari je. Jalan cerita terlalu sweet. Baca sambil tersenyum-senyum. kalau orang tengok mesti cakap SukaGelak ni gila. Well, kalau korang memang suka baca novel benda tu tak jadi hal pun. Senyum sorang-sorang, sedih sorang-sorang, siap lap air mata lagi. 

Tak puas hati kalau tak habiskan baca novel ni. Sentiasa nak tau apa jadi lepas tu, lepas ni ape pulak. Haishh.. Nasib baiklah baca masa cuti. Kalau tak memang masuk ofis dengan mata panda.

Baca sambil membayangkan Lisa Surihani dengan Aaron Aziz. Auch, sweet sangat. Tak sabar nak tunggu cerita ni main kat tv. Mesti lagi sweet. 

Yang kaki novel tu, SukaGelak nak rekomen novel ni. Confirm korang tak boleh buat kerja lain. Ngadap novel ni sampai habis. Hehe.. Sambil tu jangan lupe membayangkan pelakon dengan watak novel tu ye.

Senarai Pelakon.
Aleeya Azmeen - Lisa Surihani
Zarief Danial - Aaron Aziz
Syed Muzaffar - Syazwan
Azura Hanim - Raja Ilya
Akram - Jehan Miskin
Toh Zaharah - Normah Damanhuri
Puan Yazmeen - Yasmin Hamid
Sumber gambar : utusan.com.my
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

Menang Vector Dari Fiqa Nsz

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak vector muka sendiri. Selama ni memendam rasa je nak kartun kan muka. Last-last dapat jugak.

Terima kasih jugak dekat adik Fiqa Nsz yang buat segmen vector ni. Dan nasib baik jugak SukaGelak tengah refresh blog dashboard masa tu. Dengan lajunya meniap entri dan publish.

Korang nak tengok ke hasilnya? Hehe, meh sini SukaGelak share dengan korang.
Sebelum
Selepas


















Haaaa, cantik tak. Sila jeles okeh.
Thank you so much Fiqa. Akak suka sangat..*blink*blink*

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

February 11, 2015

Segmen 48 Jam: Saya Nak Vector by Fiqa Nsz

Segmen 48 Jam: Saya Nak Vector by Fiqa Nsz

*KLIK BANNER*

Hadiahnya:
Peserta terawal x1 - Vector
Peserta Random x1 - Vector


Segmen Tamat pada 13 hb Februari 2015 tepat pukul 11 AM.

February 10, 2015

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015

Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia."

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman


Jom join Giveaway 7 HARI by Syira Lokman.

Syarat :

1. Follow blog atau google +

2. Follow instagram

3. Follow twitter
[Syira] [along]*jika ada

4. Like sahaja fanpage berikut :
(syira saja tak letak button like sbb nak anda 
lihat sendiri page ape yg anda like)



Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway 7 HARI by Syira Lokman"
3. Letak banner dekat entry. (klik banner,bawa banner ke entry anda & paste)
                                                 -bawa ke new tab pun boleh then copy je)
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM50 [Ayuni]
Wang tunai RM10 [Fadzi]
Wang tunai RM10 [Khaty]

Topup RM10 x1 [Inani]
Topup RM10 x1[Azharan]
Topup RM10 x2 [Along]
Topup RM5 x2 [Diee]

4 helai Sapu tangan vintage x1  [Diee]
Basic H Shaklee RM46 [N.Aqidah Azahar]
Belvya 1 jar (nilai : 85 WM, 95 EM) [Fina]

Review Blog [Nurin]
Tapak Iklan free selama sebulan [Syira]


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)


Mudah kan? 
jom ramai2 memeriahkan Giveaway 7 HARI by Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)

Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula :10 Februari 2015
Tamat : 16 Februari 2015

February 4, 2015

GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link :
instagram id : 


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

TARIKH TAMAT 28 FEB 2015


senang je caranya :

1. copy paste gambar di atas pada new post blog anda.
2. be follower blog MELANGKAU GARISAN
3. follow instagram byekinrazalli
4. komen dalam mana mana gambar instagram byekinrazalli
5. paste link "GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!" pada ruangan komen


hadiahnya :
1. blouse satin size L byekinrazalli x 2 pemenang
2. chiffon pant office attire (full lining) x 2 pemenang
3. storage bag x 1 pemenang
4. Tutu skirt beige color x 1 pemenang
5. Topup RM5 x 4 Pemenang
6. RAHSIA  (worth RMxx)
7. RAHSIA  (worth RMxx)
8. RAHSIA   (worth RMxx)
GRAND PRIZE is tailor made BAJU RAYA 2015 worth RMxxx byekinrazallidatailor x 1  PEMENANG
*winner can choose whatever design she/he want depend tnc

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign