Kasih Juju: Segmen irrayyan | Sejarah Blog Kasih Juju

January 27, 2016

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Kasih Juju

Segmen irrayyan | Sejarah Blog

Sejarah blog Kasih Juju

Untuk pengetahuan pembaca blog kasihjuju.com, pada asalnya blog ni bernama juliajamaludin.blogspot.com. Saya menang kontes SEO dan terus tukar domain blog ni. Alhamdulillah, tercapai juga impian nak tukar domain tahun ni.

Kenapa saya memilih nama Kasih Juju? Sebabnya saya memang seorang yang pengasih orangnya. Haha, sila muntah. Juju tu pula gelaran yang diberikan oleh teman-teman rapat. Untuk mengabdikan nama Juju tu, saya pun letaklah sekali dekat domain blog. Semoga terus diingati.

Pada awal penubuhan blog ini, saya tak berapa serius sebenarnya. Buat pun atas dorongan adik yang pada ketika itu belajar dalam jurusan teknologi maklumat. Dia menyarankan saya buat satu blog kerana kerja yang saya buat masa tu membolehkan saya untuk memuat naik entri baru setiap hari.

Kebetulan pula memang komitmen kerja saya tak tertumpu pada komputer. Jadinya sambil buat kerja hakiki saya boleh menumpukan perhatian pada entri blog. Memang bahagia sangat masa tu.

Tapi sekarang komitmen kerja dah lain. Kena jumpa pelanggan. Kena buat macam-macam. Harap-harapnya saya dapat mengekalkan blog tersayang ni sampai bila-bila. Sekarang pun tak sempat sebenarnya nak update entri. Tapi saya cari juga masa dan ruang untuk menaip. Alhamdulillah, siap juga satu entri. Yahoooo.

Kalau korang nak tau. Saya ni sejak dari zaman sekolah memang suka kumpul lirik lagu. Sampaikan buku untuk lirik tu je ade 2 ke 3 buah. Ha sape yang ade hobi macam saya sila angkat tangan. Hehe, kita geng.

Bila dah buat blog pun masih juga suka kumpul lirik lagu. Siap buat tab khas lagu tuh. kalau korang nak tau boleh klik tab Lirik dekat bawah header tu ye.

Okeh, rasanya tu saja buat masa ni. Korang kalau nak join segmen ni just klik je dekat header Mommy Irra tu ye. Till we meet again. Love ya.

Wassalam.

6 comments:

  1. Thanks juju join segmen. Blog ni banyak manfaat kan. Bagus adik juju bg inspirasi buat blog..
    Busy tu biasa lah. Tapi jangan tinggalkan blog. Bak kata sifoo irra, blog ni aset. Blog ni harta untuk hari ke depan. Ada masa boleh update. Thanks again :*

    ReplyDelete
  2. Kita pun join segman yang sama

    http://www.azlindaalin.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog.html

    ReplyDelete
  3. okey.. pasal kumpul lirik tu cik en pon sama.. buku sekolah ditampal sampai 10.. smua lirik lagu.. so mmg expert la klu pasal lagu ini.. ahahhaha.. kt kongsi minat yg sama

    ReplyDelete
  4. hehehehe.. sama la, masa sekolah dulu rajin kumpul lirik lagu... expecially lagu jiwang2 lah..! hahahahaa.. :)

    sekarang dah ada blog, boleh update lirik lagu kat blog je kan.. so, boleh share dengan lebih ramai orang. Ok lepas ni nak cari lirik lagu, saya datang ni.. hehehehe..

    saya join segmen sama.. salam perkenalan..
    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign