Kasih Juju: Sibuk sangat ke?

June 1, 2016

Sibuk sangat ke?

Assalamualaikum korang,

Harini saya nak share sikit dengan korang kerja yang saya buat sejak bertukar ke daerah Kota Tinggi ni. Almaklumlah, sejak bertukar ke sini, saya jarang menaip entri yang dari hati ke hati. Banyak benda baru yang saya kena belajar.

Dulu masa di Kuala Lumpur kerja saya senang je. Dan saya memang ada banyak masa nak merayau-rayau dari satu blog ke satu blog. Walaupun masa tu ada kekangan dengan talian internet. Tapi saya dapat juga terjah blog-blog korang.

Tapi sekarang ni, saya tak punya masa yang banyak nak ke sana-sini. Apa yang menariknya dekat sini, talian internet tiada batasan. Bunyi macam hebat kan. Malangnya, saya tak de masa pula nak merayau-rayau ke blog kawan-kawan saya. Rindu sangat nak bukak tab banyak-banyak lepas tu tinggalkan komen. Hehe.. Maafkan saya ye kengkawan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan terjah balik blog korang.

Kalau korang nak tau, saya sekarang kena kawal selia koperasi. Senang cakap saya kena pantau koperasi dan dalam masa yang sama saya juga kena bantu koperasi yang ada masalah. Macam-macam perangai manusia yang saya jumpa dekat sini. Masalahnya pulak bukan semua sama je. Semua ada masalah masing-masing. Tak puas hati dengan pengurusan, kewangan tak di selenggara dengan betul, nak pinda undang-undang kecil, tak tahu nak buat akaun koperasi dan macam-macam lagilah.

Dekat sinilah cabaran kerja saya bermula. Nak selesaikan masalah koperasi saya kena arif dengan akta koperasi, undang-undang kecil koperasi dan juga peraturan koperasi. Dalam setiap apa pun jawapan yang saya bagi dekat koperasi kena ada bukti dari mana saya dapatkan akta tersebut. Benda yang paling saya takut sekali bila saya tersilap guide. Takut nanti diorang akan mengungkit dan akan menyalahkan kita 100%.

Sebab tu kena study betul-betul. Kena penuhkan ilmu dalam dada. Nasib baik rakan seperjuangan dah lama dalam bidang ni. Ada jugalah tempat rujukan. Pengalaman yang dia kongsikan saya simpan ketat-ketat dalam kepala supaya nanti bila tiba masa saya kena berdepan koperasi, ilmu yang saya sedut tadi dapat lah saya curahkan pada koperasi-koperasi yang di bawah seliaan saya.

Tapi bila masa saya kena berdepan dengan koperasi?

Kalau korang nak tahu, sekarang ni musim mesyuarat agung koperasi. Kalau jadual pegawai saya penuh, saya yang akan hadir ke mesyuarat agung tu. Masa tulah saya akan selia perjalanan mesyuarat koperasi. Cabarannya dekat sini, koperasi akan terus kemukakan soalan dan saya kena pantas bertindak buka buku akta untuk cari jawapan. Tapi kalau tak dapat jawab pun soalan tu saya boleh bawa balik ke pejabat dan bagi jawapannya secara bertulis.

Tapi, bukan berkaitan masalah yang melibatkan undang-undang koperasi je saya kena buat. Ada lagi satu yang memang mencabar. Yang tu nanti saya akan kongsikan dalam entri yang lain ye. Harap-haraplah lepas ni saya dapat update entri yang macam ni lagi. Aaminn..

1 comment:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign