Kasih Juju: Selamat Hari Raya Korang

July 17, 2016

Selamat Hari Raya Korang

Assalamualaikum korang,

Lama sangat tak bersiaran nih. Mood puasa berjangkit terus ke mood raya. Langsung tak sempat nak hapdet cerita-cerita sibuk tersebut. Haha.. Apelah yang aku mengarut nih.

Saya tengok ramai yang berkongsi gambar-gambar raya korang dekat blog. Kemain lawo dan hensem lagi yek memasing. Maklumlah, semua nak bergaya dengan baju baru, tudung baru, kasut baru, henbeg baru. Ha... Apa lagi yang baru? Eksaited sangat kan.

Raya saya tahun ni sederhana je. Takde henbeg baru, takde kasut baru. Baju raya je baru. Alhamdulillah, bersyukur sebab masih dapat meraikan lagi hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Eh, sebulan ke? Haha.. Tetttt...

Dalam pada xde henbeg dengan kasut baru tu, saya sempat jugalah tukar baju baru dekat blog ni. Sebelum ni template blog ada masalah. Tak boleh nak view blog langsung. Terus di bawaknye ke page template yang saya download tu. Sakit hati betul. Mood nak hapdet blog pun melayang ntah kemane. Penyudahnya terpaksa cari adik-adik yang memang amik job design blog.

Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga dengan sis Maisarah Sidi. Harga yang dia bagi pun berpatutan. Boleh pilih pakej yang kita nak. Lagi banyak yang kita nak, lagi tinggilah bayarannya. Tapi kalau bayar memahal, hasilnya yang macam blog saya ni ha, saya rasa takde masalah pun. Next time kalau rasa-rasa dah boring dengan template korang tu boleh lah minta sis Maisarah tolong edit kan. Hehe..

Okehlah korang, saya nak sambung buat kerja ni. Ada banyak kerja yang nak dibuat ni ha. InsyaAllah kita jumpa lagi di entri yang lain yek.

Wassalam.

3 comments:

  1. Samalah kita takde handbag baru takde kasut baru. Hihi

    ReplyDelete
  2. Salam ukhuwah lebaran...maaf zahir batin ya...

    ReplyDelete
  3. Slmt hari raya jugaq.. Singgah nak kutip duit raya ni #Ehhh, hehe~

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign