Kasih Juju: Gym Bags dan Perempuan?

September 8, 2016

Gym Bags dan Perempuan?

Assalamualaikum korang, sihat ke harini? Harap-harapnye sihat sejahteralah hendaknya. Sebenarnya saya baru perasan bulan 9 ni tak de entri lagi dekat blog ni. Hadoi, ni kalau buat KPI confirm gagal. Huhu.. Maafkan saya ye korang. Tuntutan kerja... Huwarghhh...

Okeh, berbalik pada tajuk yang kat atas tu. Siapa yang setuju kalau saya cakap sekarang ni zaman kerja lagi penting daripada kesihatan? Ha, mesti ramai yang nak pertikaikan kan...? Saya tak ambil contoh orang lain pun. Ambil contoh diri sendiri jek. Terlampau kusyuk sangat buat kerja sampai takde masa nak bersenam. Kalau kata nak keluarkan peluh tu memang tak de langsung. Inilah punca kepada masalah kesihatan.

Walaupun korang cakap kalau tak berpeluh pun boleh sihat, tunggulah nanti bila dah tua. Rasekanlah nanti bila otot-otot tu semua dah tak bertenaga. Baru korang nak menyesal sebab masa sihat dulu korang tak bersenam.

Jadi, untuk menaikkan mood bersenam, saya ada satu produk nak share dengan korang.

Macam yang korang tau, nak bersenam ni tak semestinya kene berjogging. Pergi gym pun boleh keluarkan peluh. Selain pemilihan pakaian gym yang bersesuaian, ada satu lagi perkara yang perlu ambil serius ketika ingin ke gym dan perkara tersebut adalah penggunaan gym bags yang betul. 

Ramai diantara kita yang mungkin tidak memandang serius akan perkara ini dan menganggap beg gym bukanlah satu kelengkapan yang penting. Tapi tahukah anda bahawa pemilihan beg gym yang terbaik dapat melancarkan proses latihan anda di gym? 

Sebelum kita berbincang mengenai ciri-ciri beg gym yang terbaik, jom kita lihat terlebih dahulu apakah kepentingan menggunakan beg gym yang betul;
  • Untuk memudahkan anda membawa segala keperluan gym anda.
  • Untuk memastikan barangan anda tersusun dengan rapi.
  • Untuk mengelakkan anda daripada tercicir barangan peribadi. 
Dan sekarang apakah faktor yang perlu anda lihat ketika ingin memilih koleksi beg gym yang terbaik
  • Beli beg gym yang mempunyai compartment yang banyak. Ini untuk memudahkan anda menyusun barangan anda dan tidak bercampur. 
  • Beli beg gym yang mudah untuk  dibawa. Sebaik-baiknya pilih beg gym yang bertali panjang.
  • Beli beg gym yang mempunyai ruangan khas pada bahagian luar untuk memuatkan kasut anda atau pakaian kotor agar ia tidak bercampur dengan pakaian yang bersih.  
  • Beli koleksi beg gym yang trendi dan boleh digayakan ketika aktiviti kasual yang lain. 2 in 1!
Kalau korang nak cari pelbagai pilihan jenis dan warna pun banyak dekat website. Boelh pilih-pilih mana satu pilihan kalbu. Semoga korang termotivasi untuk hidup dengan lebih sihat lagi lepas ni.

Terimas kasih sudi baca.
Wassalam.

2 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign