7 Februari 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 26

Day 26 - Perangai manusia yang tak disukai

Bila bercerita pasal perangai nih, mestilah semua yang negatif tu kita tak suka. Contohnya macam suka menipu, pengotor, panjang tangan, pinjam barang tak pulang dan macam-macam lagilah. Cuba bagitau saya siapa yang suka dengan semua benda yang saya taip tadi tu? Saya nak unfriend siap-siap.

Dulu saya ada kenal sorang hamba Allah ni. Masa awal-awal kawan dengan dia tu tak nampak lagi perangai dia ni macam mana. Tapi lepas dah kenal MasyaAllah mulut dia. Me'laser' orang je keja dia. Ada jugak sesekali saya ter'laser; dekat dia. Hamboi, kemain sentap lagi dengan kita. Sejak dari peristiwa tu terus saya menjarakkan diri daripada terus rapat dengan dia.

Orang-orang macam ni lah yang kita patutkan jauhkan diri. Personaliti dia tu banyak yang negatif. Orang sana tak betul, orang sini tak betul. Eh, dia sorang jelah yang betul.
Image result for negative people at work
Dalam kehidupan kita seharian pun kita tak boleh nak serapkan nilai-nilai negatif ni dalam diri. Lebih-lebih lagi dalam pekerjaan. Setiap nilai hasil titik peluh kita bekerja tu haruslah berkat. Tanamkan dalam diri ikhlas dalam bekerja. InsyaAllah takkan timbul masalah-masalah remeh.

Bila korang jadikan kerja ni satu beban, nanti masalah yang kecil pun boleh buat korang mengganggu persekitaran kerja. Kalau yang kerja sengsorang tu tak pelah jugak. Ni bila dah mengganggu rakan sekerja kita pun naik menyampah.

Okeylah korang. Kang terbebel panjang pulak pasal orang-orang yang negatif nih. Saya ni memang cukup tak suka kalau bercerita pasal hal-hal yang negatif nih. Boleh stress dibuatnya.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

3 ulasan:

  1. hihi..happy tuesday! havea nice day..betuii2 vibrate org negatif nie buat kita jd negatif gak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarakkan diri.tapi jangan memyorok bawah meja pulak ye.hehehe

      Padam
  2. membebel yang bermotivasi..manusia memang bermacam ragam

    BalasPadam