GJoy Parfum - If You Can't Be Rich At Least You Smell Expensive

Kasih Juju
Hai korang,

Harini saya bau wangi sangat. Wangi yang tak menusuk hidung tau. Lembut je bau dia. Eh, eh! Kenapa bercerita pasal bau-bau wangi ni? Ha sebabnya saya dah spray Gjoy Parfum lah.

Kalau korang nak tau, founder dia dah bagi saya tester. Saya suruh dia yang pilihkan sebab saya ni tak familiar sangat dengan jenama perfume antarabangsa ni. Hehe..

Terima kasih dekat founder Gjoy Parfum sebab bagi saya merasa guna perfume bau mahal ni. Kalau korang nak tau lagi, tagline dia 'If you can't be rich, atleast you can smell expensive'. Hah nampak? Tak terasa ke nak cuba?

Kalau korang tak nak beli yang besar pun boleh beli yang saiz kecil dulu. Tak de masalah pun. Dia ada macam-macam jenis bau. Koranh tinggal pilih je. Kalau tak tau nak pilih yang mana boleh minta pihak Gjoy Parfum pilihkan. Confirm korang puas hati punyalah.

Antara ciri-ciri lain dekat Gjoy Parfum ni adalah:
Tahan lama
Edp perfume
35ml
60% daripada pati sebenar
Murah
Boleh digunakan untuk solat

Pengkongsian Ilmu Tentang Jenis Perfume
Istilah Parfum / Minyak Wangi
Pada botol pewangi wangian sering tertulis label 'parfum', 'eau de parfum', 'eau de toillette' atau 'body splash'. Mungkin banyak dari Anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?

Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.

Parfum (Pure Perfume) - Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume -Kadar Ketumpatan patinya mencapai  8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette - Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne - -Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja.  Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.
Image result for perfume edt

Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita pahami bahwa tidak semua parfum tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk parfum wanita sebagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebagian besar berjenis EDT.

Umumnya, parfum jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah parfum dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma dari parfum tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada parfum berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.
Kebanyakkan  produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati parfum semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol disini untuk membantu menyebarkan aroma parfum agar tercium oleh orang-orang di sekitar Anda.

Selain itu, walaupun kadar kepekatan pati parfum mempengaruhi berapa lama wangian dapat bertahan pada tubuh Anda,  Selain itu kondisi kulit kita juga mempengaruhi ketahanan parfum tersebut.  Misalnya, mereka yang memiliki kulit kering, wangian parfum akan lebih cepat berkurang berbanding mereka yang memiliki kondisi kulit berminyak. Kadar PH seseorang, juga akan mempengaruhi interaksi antara kulit dan parfum.

Itu sahaja lah yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilahnya.

(Perkongsian diatas diambil daripada --> https://www.facebook.com/GJoy-Perfume-Albadz-290739344674036/?fref=nf

Dekat bawah ni antara senarai nama parfum yang GJoy Parfum dah keluarkan.
Image may contain: text

Ha korang tu apa tunggu lagi. Harga dia murah tau. Kalau na tau berapa murah korang kenalah terjah official Facebook dia dekat --> GJoy Parfum

Psst.. Sekarang ni ada kontes like dan share dekat FB GJoy Parfum. Kalau korang bertuah, korang akan dapat sebotol perfume 15ml.. Hah! Tak nak ke? Tak nak ke? Free je tu. Jom join cepat-cepat sebelum kehabisan stok.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.