Kasih Juju: Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017

April 4, 2017

Pendaftaran IJM Land Half Marathon 2017

Assalamualaikum semua,

Entri harini khas untuk korang yang suka menyertai pertandingan larian. Di suatu masa dulu pun saya suka juga menyertai pertandingan larian ni. Pantang dengar ada pertandingan, mesti nak join. Sekarang je dah tak sempat nak join. Ditambah pula dengan stamina tak de. Entah kemane stamina tu pergi. Hmm

Berbalik pada tajuk, tahun ini merupakan tahun ke-6 penganjuran IJM Land Half Marathon 2017. Sejak diadakan dari tahun 2012, acara ini telah dianjurkan buat masyarakat komuniti Seremban 2 dan juga penduduk sekitarnya.

Sambutan menggalakkan yang diterima setiap tahun membuatkan IJM Land menjadikan acara ini sebagai acara tahunan yang wajib disertai bagi penggemar sukan larian.


Pada majlis ini, Dato' Hoo Kim See turut menyampaikan baju rasmi kepada pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016, Encik Lim Khon Seng yang juga merupakan peserta pertama yang mendaftar bagi acara larian tahun ini. 

Menurut Dato' Hoo, ini merupakan tahun ke 3 dimana sebahagian dari hasil kutipan yuran akan dialurkan kepada 2 badan kebajikan. Badan kebajikan yang terpilih pada tahun ini ialah Pertubuhan Rumah Kebajikan Negeri Sembilan dan  Malaysia Lysosomal Diseases Assisiation (MLDA).

Sebanyak 7 kategori dipertandingkan iaitu;

  • Men open - 21km
  • Men Veteran - 21km
  • Women Open - 21km
  • Women Veteran - 21km
  • Boys Junior - 10km
  • Girls Junior - 10km
  • Fun Run - 10km
Pemenang kategori lelaki dan wanita akan membawa pulang trofi IJM Land Half Marathon Challenge. Manakala bagi merak yang berjaya menghabiskan larian akan menerima finisher medal, goodies bag, sijil dan juga cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai larian ini, anda boleh layari;

Peringatan: Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mei 2017 atau lebih awal sekiranya penyertaan telah mencukupi.

Jadi pada korang yang memang suka join aktiviti sihat ni, jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat join ye. Mana tau boleh menang cabutan bertuah. Jangan lupa kongsi dengan saya ye. Hehe

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign