Kasih Juju: Cantik dan Bergaya di Hari Raya

June 12, 2017

Cantik dan Bergaya di Hari Raya

Alhamdulillah, dah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Cemana? Dah siap ke persiapan raya korang? Baju dah beli? Handbag? Kasut? Mana yang belum beli tu kita geng.

KJ sebenarnya dah beli dah baju raya. Tapi tak sedondon dengan suami dan Firash. Hati ni melonjak-lonjak rasanya nak tambah baju raya lagi sepasang. Tak syoklah KJ sorang je yang warna lain. Mentang-mentanglah KJ belum ada geng lagi nak pakai baju sedondon.

Kalau nak ikutkan, baju kat atas ni lah warna baju raya dua beranak tu. Lari jauh betul dengan warna baju yang KJ dah buat. Warna merah. Nak pakai tudung warna kuning pun macam tak kena je kan. Eh, tolonglah sokong kata-kata KJ ni. Hehe.. Alasan nak tambah baju lagi sebenarnya.

Dan disebabkan itulah KJ dengan lajunya buka website Lazada Malaysia. Tengah sale kan sekarang ni. Wajib tau buka website tu. Sekarang ni KJ nak cari baju raya warna kuning ataupun coklat gelap. Jom tengok apa yang KJ jumpa ni.


Kalau dah namanya perempuan, mana boleh tengok 1 gambar baju je. Mesti nak kena survey yang lain pulakan. Barulah puas hati dan tak putih mata kalau tak survey dulu.

Gambar yang pertama tu memang betul-betul menawan hati kan. Hehe.. Rambang mata KJ nak pilih baju dekat Lazada ni. Menggugat iman sungguh.

Next step, jom kita match kan baju-baju ni dengan tudung pula.

Untuk baju yang pertama, disebabkan baju tu dah bercorak, jadi tak sesuailah kalau nak pakai tudung yang bercorak juga. Jadinya kita kenalah cari tudung yang plain je. Ada bling-bling sikit tu kira okey lah kan. Yang penting tak nampak pelik masa pakai nanti.

Dah dapat baju dengan tudung, mestilah nak beli kasut raya pula. Hehehehe.
Disebabkan si Firash dah berumur 3 tahun, jadi KJ terasa nak pakai balik heels ataupun wedges. Dah lama tak beli heels dengan wedges. Masa Firash masih lagi kena dukung tak berani nak pakai sebab takut terpeleot. Haha..Typical mother. Padahal jalan kat shopping mall je pun. Jalan rata.


Cantik sangat kasut Carlo Rino ni. Hadoi. Kena beli cepat-cepat ni. Sebelum saiz KJ habis disambar orang.

Okeh, habis cerita pasal attire. Sekarang nak cerita pasal beauty pulak. Hari Raya ni mestilah kita nak nampak cantik kan. Takkan nak nampak muka tu pucat je. Mesti nak letak bedak sikit, lipstick sikit, eyeshadow, blusher. Eh, semua-semua tu lah.
Hah, nah. Satu set KJ sajikan dekat korang. Ni kalau dapat betul-betul ni mau senyum tak berhenti 7 hari 7 malam. Senang kalau dah beli satu set ni. Semua ada. Bedak, gincu, eyeliner, maskara. Senang kata complete set lah. Tak payah pening-pening nak cari benda tu satu-satu.

Korang pun mana yang tak tahan ank bersesak dekat bazar ramadhan ke, shopping mall ke apa kata korang shopping je dekat Lazada ni. Murah pun murah. Tak payah nak bersesak dengan orang ramai. Jimat masa lagi tau.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

4 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign