Kasih Juju: Organic Soap and Body Scrub by ZM Beauty

June 8, 2017

Organic Soap and Body Scrub by ZM Beauty

Assalamualaikum semua.

Harini KJ nak share pasal satu produk organik. Biasanya kalau kita sebut pasal produk organik mesti dah terbayang dalam kepala sesuatu yang jauh daripada bahan kimia. Yesss, betul tu. Produk yang sangat selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga keluaran ZM Beauty.

Sabun Organik
Untuk sabun organik ni, KJ dah cuba dah sabun ni. Serius rasa macam nak makan je sabun ni. Bau dia sedap betul. Menggoda deria rasa bulan puasa ni. Hehe. Nampak tak ada oat dekat kelopak sabun tu? Sabun ni boleh guna untuk cuci muka dan badan ye kawan-kawan.

Sabun ni datang sekali dengan bekas yang bertutup. Bak kata founder, dia tau masalah kita ni lepas dah cuci muka ke, cuci badan ke akan biar je bercampur dengan sabun lain. Jadi dia bagi bekas ni siap-siap supaya korang senang nak simpan ataupun nak bawa kemana-mana nanti.

Kebaikan sabun oat:
  • Mencerahkan kulit
  • Menyihat dan menghaluskan kulit
  • Melembabkan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Detox kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik
  • Pelindung cahaya matahari
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Mencegah pertumbuhan jerawat
  • Memberi nutrien kepada kulit
  • Menghilankan kesan jerawat dan jeragat
Selain daripada sabun oat, ada juga sabun green tea, kunyit campur madu, green tea campur oat, madu asli dan juga koko. Senarai manfaatnya seperti gambar di bawah:






Testimoni sabun boleh baca dekat --> SINI

Scrub kopi


Keistimewaan scrub ZM beauty :
  • Tesktur scrub yang halus dan lembut
  • Tidak meninggalkan kesan pedih @ luka bila kita guna
  • Wangi 
  • Melembabkan kulit
  • Membekalkan vitamin pada kulit
  • Puashati guna sebab banyak & murah...

Fungsi /Kebaikan SCRUB :

  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat 
  • Mencegah dan mengurangi kerutan di kulit 
  • Menghaluskan Kulit 
  • Mampu menghilangkan bekas jerawat, belak2, dan noda hitam 
  • Mencegah timbulnya jerawat 
  • Melembabkan kulit
  • Membantu menghilangkan sel kulit mati
  • Dapat memperbaiki peredaran darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit 
  • Menghilangkan bau badan 
  • Menghilangkan selulit
  • Meneutralkan kulit yang teriritasi
  • Bermanfaat sebagai detoksifikasi tubuh
  • Memberikan nutrisi pada kulit


KELEBIHAN & FUNGSI OLIVE OIL :

  • Mengatasi kulit pecah pecah
  • Melembabkan kulit wajah
  • Menjaga kelembaban kulit secara menyeluruh
  • Mengangkat sel kulit mati
  • Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah
  • Menghilangkan tanda tanda penuaan, terutama pada wajah
  • Menghilangkan kantung mata
  • Mengatasi wajah berminyak


Cara guna :
-Basahkan permukaan kulit dengan air biasa
-Keluarkan sejumlah scrub yang diperlukan untuk digunakan sahaja & masukkan ke dalam bekas lain
-Lumurkan scrub pada muka & bahagian2 lain yang diperlukan
-Jangan campurkan scrub dengan air(scrub akan melekat pada permukaan yang basah)
-Ratakan scrub, biarkan scrub selama 15minit untuk meresap kedalam kulit
-Selepas 15mint gosok scrub secara lembut bagi membuang kekotoran yang melekat di kulit
-Bilas dengan air bersih

Bahan - bahan : 
Gula bertapis,Olive oil,lavender oil,koko,vitamin E

Berat :
200gram

Disclaimer :
Scrub ZM beuty boleh digunakan dengan kerap kerana ia tidak akan meluka atau menyakitkan kulit anda

Petua :
Basahkan muka selama 5minit dahulu sebelum memulakan proses scrub untuk memudahkan daki dan sel kulit mati tertanggal ketika proses scrub. Jangan gosok terlalu kuat dan biarkan scrub berada diatas muka lebih lama untuk kesan yang optimum

Harga : 

RM 20.00 exc postage

Testimoni KJ :
KJ dah guna dah scrub ni. Dia punya bau. Perghhh.. Buat perut menggelodak wey. KJ ni dah peminat tegar kopi. Dapat pulak bulan puasa ni scrub kopi sental dekat badan. Fresh betul rasa dia.

Badan si Firash pun KJ sental jugak. Puas hati dapat sental daki budak kecik tuh. Mula-mula memang dia macam geli je tengok scrub tu. Tapi lama-lama dia pulak menyerah nak kena sental. Hehe.

Selain daripada kopi, ada juga scrub oat, green tea dan koko.




Kalau korang nak dapatkan sabun dan scrub ni boleh hantar whatsapp dekat nombor :
6011-32484182 Zuraini
Official website : www.zuraini.com


2 comments:

  1. macam-nmacam sabun scrub ni,green tea tu best tak

    ReplyDelete
  2. waa.. best nih.. nanti boleh beli.. nak raya kan.. seme pakat nak kulit cantik peloles gittew--

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign