Kasih Juju: Pengalaman Balik Kerja yang Mendebarkan

June 19, 2017

Pengalaman Balik Kerja yang Mendebarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Fuh, tajuk entri KJ harini macam suspen je kan. Hehe. Sesekali je nak buat entri suspen macam ni.

Okeh, macam yang korang sedia maklum, KJ ni balik rumah dekat daerah lain. Kerja dekat daerah lain. Walaupun dengarnya macam sebelahje daerah tu, tapi perjalanan ambil masa sejam jugalah.

Memang sejak dua tiga menjak ni nampak mat tiarap dok training dekat hutan all the way KJ nak balik rumah tu. Tapi KJ selalu buat tak endah je sebab dah nampak signboard diorang tengah training.
Image result for askar training
Apa yang mendebarkan tu bila drive dalam suasana yang baru nak hujan, tetiba KJ nampak ada 2 sosok tubuh tengah berjalan sambil pegang senapang. Baju dah samar-samar dengan daun. Mula-mula KJ buat tak endah. Sebab memang dah biasa nampak diorang ni.

Tapi bila dekat depan sikit KJ nampak dalam 10 orang tengah meniarap sambil menghalakan senapang dekat jalan raya, hah masa ni KJ punya jantung berdegup laju. Sambil tu sempat jugalah berdoa dalam hati, janganlah ada yang tertembak masa KJ tengah lalu ni.

Haha, dia punya gelabah entah macam apa ntah. Susah nak describe. Tapi jantung memang berdegup kencang. Haha.. Drama sangat KJ ni kan.

Dah lepas setengah jam barulah timbul rasa kesian dekat diorang yang tengah training tu. Dah lah puasa, hujan pula tu. Respect abam askar. Semoga terus kuat menjaga keamanan negara yang kita sayangi ni.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

16 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign