Apa itu Gout

Kasih Juju

Apa itu gout?
Gout merupakan sejenis penyakit akibat kegagalan metabolisme purin di dalam badan. Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana tubuh menghasilkan asid urik dan asid urik di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.
Serangan gout sering terjadi dikalangan:-
  1. Lelaki berusia 30 tahun ke atas,
  2. Wanita putus haid (menopause)
  3. Mempunyai sejarah keluarga mengidap gout,
  4. Orang yang minum alkohol berlebihan,
  5. Stress, dan
  6. Mengidap penyakit tertentu seperti leukimia.
Tanda-tanda anda mengidap gout ialah:-
  • Rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya pada sendi kaki,
  • Kesakitan yang bermula pada waktu malam dan tidak boleh tidur,
  • Kawasan kulit pada sendi yang terlibat menggelupas dan kadangkala gatal, dan
  • Demam.
Apakah diet untuk pesakit gout?
  1. Minum banyak air - Pengambilan cecair yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari boleh membantu menyingkirkan asid urik, mencegah pembentukan batu karang dan mencegah kerosakan buah pinggang. Ini kerana kandungan air yang banyak dapat mengurangkan asid urik dalam badan dan seterusnya membantu menyingkirkan asid urik dalam badan
  2. Turunkan berat badan - Obesiti seringkali dikaitkan dengan penyakit gout. Penurunan berat badan mestilah berlaku secara berperingkat kerana penurunan berat badan yang mendadak akan menaikkan aras asid urik dalam badan.
  3. Elakkan makanan tinggi purin - Pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi perlu dielakkan. Sumber protien yang digalakkan adalah ikan dan produk protien yang lain seperti tofu dan telur. Daging merah seperti daging lembu mempunyai kandungan purin yang tinggi.
  4. Elakkan pengambilan alkohol - Pengambilan alkohol merupakan faktor risiko yang biasa dalam serangan akut gout. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan asid laktik yang akhirnya menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.