7 January 2018

Cerita 1 dan 2 Januari 2018 - Firash at Kindergarten

Cerita 1 Januari 2018 l Assalamualaikum korang. Rasanya belum terlewat lagi KJ nak ucappkan selamat tahun baru. Eh, macam dah lewat je. Dah seminggu dah pun. Hadoi.. Betapa diri ini dilanda kesibukan kerja hakiki dan kerja rumah.



Tahun ini, si Firash dah mula bersekolah. Saja KJ nak biasakan dia dengan persekitaran sekolah. Bergaul dengan kawan, cikgu dan rasa sendiri pengalaman bersekolah. Macam dalam cerita Upin Ipin yang dia minat sangat tu.

Mama dia ni sebenarnya risau dengan penerimaan dia nanti. Maklumlah, KJ kurang mendedahkan dia dengan persekitaran yang sebaya dengan dia. Macam-macamlah dalam fikiran KJ ni. Hari-hari cakap dengan si Firash, besok sekolah tau, jangan nangis. Yang si Firash ni pulak jawab "Ok mama. Baiklah". Hurmmm..

Dekat kawasan tempat tinggal KJ ni cuma ada tadika Kemas sahaja. Jadi, disebabkan tiada pilihan tadika lain, KJ pun pilih jelah tadika kemas ni. Walaupun macam-macam cerita pasal tadika ni, tapi korang rasa KJ ada pilihan ke? Alah, dulu KJ pun sekolah kat tadika kemas juga. Cuma sekarang ni KJ kena lebihkan ajar menulis dan membaca di rumah.

Pendaftaran cuma RM 70.00 untuk lelaki dan RM 80.00 untuk perempuan. Yuran bulanan pula cuma RM 15.00. Murahkan. Hehe..

Hari pertama cikgu bagi taklimat sikit pasal perjalanan sekolah dia nanti. Hari Ahad, Selasa dan Khamis pakai baju tadika. Hari Isnin dan Rabu pakai baju sukan. Sambil dalam hati berkira-kira nak kena standby baju sekolah 3 pasang juga ni. Ada tambahan 1 jam kelas KAFA untuk yang setuju sajalah. Maksudnya kalau setuju ambil kelas KAFA, anak tu akan balik jam 1 petang. Kalau tak nak pun takpe. Boleh jemput anak balik jam 12 tengahari. 

Meh layan ragam gambar budak sekolah di hari pertama ni.

Haha, ofcourse lah meraung. Cikgu pula dah standby awal-awal kunci pintu grill. Dah faham sangat ragam anak-anak ni di awal persekolahan. Hati ni macam kesian sangat. Nak aje ambil bawa balik. Tapi suami dah bagi sign ajak balik. Adoi berat betul hati ni nak tinggalkan dia. Last-last KJ pun melangkah pulang dengan hati yang berat. Maunya tak berat, si Firash ni dok jerit-jerit panggil dari tepi tingkap. 

Keluar je dari kawasan tadika ni terus KJ ajak suami ke klinik. Memang badan dah rasa tak sedap masa bangun pagi tu. Tapi KJ gagahkan jua sebab si Firash. Kalau tak fikirkan si anak tu memang KJ tak bangun dah. Dapatlah sijil cuti sakit untuk 1 hari.
(gambar mc)

Cerita 2 Januari 2018 l Okay, habis cerita untuk hari pertama. Hari kedua persekolahan si Firash dah cakap awal-awal dah tak nak sekolah sebab mama tinggalkan dia. Eh, eh, eh.. Dia salahkan kita pula. Puas jugalah KJ dan suami memujuk dia. Nak jugalah pergi sekolah.

Sampai sekolah tak menangis. KJ biar ayah dia pulak hantar sampai masuk kelas. KJ tunggu dekat luar je. Sambil-sambil mengintai. Nampak die peluk ayah dia tak bagi keluar. Last-last cikgu pulak pujuk. 

Cikgu kata meh duduk sebelah cikgu meh. Bawak sekali kerusi tu. Dengan muka separuh rela dia pun tarik kerusi letak tepi meja cikgu. Masa ni ayah dia dah keluar kelas dah. Muka dia dah macam nak nangis. Tapi dia tak nangis pun. Lega sikit hatini. Nampak dia leka, terus kitorang balik. Lega.

Balik sekolah kitorang jemput naij motor je. KJ tunggu je kat motor. Nak tengok dia pandai ke tak cari kasut sendiri. Oh, pandai rupanya. Maunya tak pandai, KJ letak reben kt kasut dia. Haha. Kasut dia sorang je yang ada reben. Kikiki. Maafkan mama ea Yash. Dah pandai baca nanti mama buang reben tu.
Hehe.. Comel je kan. Tangan sebelah kiri pegang sapu tangan, tangan kanan pegang kasut. Pandai pulak tu botol air gantung kat leher. Kasut pun pandai pakai sendiri. Alahai... Cepatnya kamu membesar.

Belajar sungguh-sungguh ye Firash. Semoga jadi anak yang bijak dan mendengar kata. Seiring dengan maksud nama Firash. InsyaAllah.. 

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 Comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.