2 May 2018

Klinik 1 Malaysia Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah

Assalamualaikum semua, harini Juju nak berkongsi dengan korang pasal Klinik 1 Malaysia. Tujuan Klinik 1 Malaysia ni diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Kalau korang perasan, dekat kawasan korang mesti ada satu klinik ni. Buat masa ini, terdapat 361 buah klinik 1 Malaysia di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan kawasan perumahan.


Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan, serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi.


Dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital, klinik ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. Setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas. Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Tujuan utama klinik ini dibuka adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyatnya.

Pengalaman Juju mendapatkan rawatan di klinik ini
Beruntung sangat kita yang di luar Wilayah Persekutuan ni dapat juga merasa perkhidmatan Klinik 1 Malaysia ni. Juju pun pernah sekali ke sini bawa si Firash. Masa tu nafas dia dah berbunyi. Risau sangat sebab Firash memang ada sejarah asthma. Masa tu pula di pertengahan bulan. Berkira-kira sekejap nak bawa ke klinik swasta atau tidak.

Lepas tu terfikir dekat kawasan Juju tinggal ni ada Klinik 1 Malaysia, memang tak tunggu apa dah terus bawa Firash. Perkhidmatan yang Juju dapat pula sangat-sangat puas hati. Mana taknya, Pegawai perubatan yang bertugas tu bagi 2 kali sedut gas dekat Firash. Kali pertama masih ada bunyi lagi, kali kedua baru nampak nafas dia lega sikit. Hilang sikit resah hati ni. Dan bayaran yang perlu Juju bayar cuma RM1.00 je tau.

Untuk lebih jelas lagi mengenai perkhidmatan Klinik 1 Malaysia ni, jom kita tengok video dekat bawah ni.

Korang boleh klik SINI untuk dapatkan senarai penuh Klinik 1 Malaysia.


Picture source: google.com





Previous Post
Next Post

post written by:

21 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Kalau klinik 1 Malaysia ni, kita pergimasa tu anak batuk, ubat batuk dia bagus, cepat baik batuknya.

    ReplyDelete
  3. kat sini pun byak dah klinik 1Malaysia

    ReplyDelete
  4. Pernah dapatkan servis di klinik 1 malaysia puas hatilah dengan servis dorang

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...syukur ada klinik yang memudahkan pesakit macam ni..

    ReplyDelete
  6. Klinik 1Malaysia .. walaupun tak macam klinik biasa, tapi untuk orang kurang mampu, ia satu rahmat juga .. sbb banyak lokasi klinik 1malaysia berdekatan rumah kediaman

    ReplyDelete
  7. CN pun prefer Klinik 1M ni, murah je ;)

    ReplyDelete
  8. Nice... dekat area rumah ada satu... tapi satu je, MC diorang x provide. ada timesheet je.

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah kemudahan yang rakyat mahukan

    ReplyDelete
  10. kalau g klinik swasta for sure banyak pakai duit kan..nasib baik ada K1M

    ReplyDelete
  11. Bayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  12. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  13. Kemudahan perubatan murah utk yg kita guna dan menjimatkan kewangan kita

    ReplyDelete
  14. Hanya bayar RM1 dapat rawatan sama dengan klinik swasta biasa

    ReplyDelete
  15. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  16. Mmg terbaik dekat sgt dgn umah ena. Servis cepat. Sesuai ntk org yg kejar masa ni.

    ReplyDelete
  17. wow banyak cawangan rupanya klinik 1 Malaysia ni. bagus bagus!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, nasib baik ada klinik ni kan

    ReplyDelete
  19. senang aih ada klinik 1M ni..jimat sikit

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.