14 May 2018

Mari Kenali Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut


Apakah Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ?
HFMD ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus-virus tertentu. Ia merupakan penyakit biasa yang sudah wujud sejak beberapa tahun lamanya.

Siapa yang diserang penyakit ini?
Ia menyerang semua peringkat umur tetapi kemungkinan jangkitab yang lebih besar dialami kanak-kanak kecil berusia di bawah 5 tahun.

Bagaimana ia menular?
HFMD menular melalui sentuhan langsung dengan air liur, lelehan hidung, najis atau cecair daripada lepuhan orang yang dijangkiti. Ia boleh juga berlaku secara tidak langsung melalui barang-barang yang dicemari rembesan-rembesan ini. Wabak ini boleh berlaku di pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan sekolah.

Bagaimana anda tahu sekiranya anak anda diserang HFMD?
Anak anda mungkin menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala seperti berikut:
  • demam selama 2-3 hari
  • sakit tekak
  • hidung berhingus
  • lepuhan kecil yang berair di tapak tangan, tapak kaki dan kadang kala di punggung
  • ulser di dalam mulut
  • hilang selera makan
  • muntah-muntah dan/atau cirit-birit
  • kelesuan
Apa yang harus anda buat sekiranya anak anda dijangkiti HFMD?
  • Bawa anak anda berjumpa dengan doktor keluarga atau poliklinik yang terdekat
  • Galakkan anak anda minum banyak cecair. Anda mungkin perlu memberi sedikit demi sedikit tetapi dengan kadar yang kerap
  • Tukar cara pemakanan yang mudah cerna seperti kentang lecek, bubur atau buah-buahan yang dikisar
  • Beri ubat yang dinasihati oleh doktor. Biasanya sirap parasetamol akan diberi untuk demam dan sakit-sakit dan gel untuk melegakan ulsel dalam mulut.
Bagi kebanyakkan kes, sistem kelalian anak anda akan mengatasi jangkitan itu setelah sekian masa dan akan pulih akhirnya.

Adakah HFMD serius?
Bagi kebayakkan kes, HFMD adalah sederhana. Walau bagaimanapun, ada segelintir kanak-kanak yang dijangkiti sejenis virus yang nadir sehingga teruk sakitnya. Sebagai contoh, HFMD boleh mengakibatkan:
  • Kebingungan, mengantuk atau mudah naik radang
  • sawan
  • sakit kepala yangteruk, mabuk atau kejang leher
  • sukar bernafas atau menjadi kebiruan
  • penyahidratan (kehilangan air) - ini boleh berlaku akibat muntahberterusan, cirit-birit atau kurang pengambilan cecair oleh kerana ulser dalam mulut.
Jika anda perhatikan apa jua tanda di atas, bawalah anak anda ke Jabatan Kecemasan di hospital yang terdekat dengan secepat mungkin.

Apa yang oleh anda lakukan untuk mencegah penularan HFMD?
HFMD sangat mudah berjangkit. Lakukanlah perkara-perkara ini sekiranya anak anda diserang HFMD:
  1. Jangan benarkan anak anda ke tempat-tempat awam
  2. Suruh semua orang di rumah agar selalu mencuci tangan dengan sabun
  3. Asingkan barang mainan, buku, pinggan mangkuk, tuala dan pakaian anak anda daripada anggota keluarga yang lain
  4. Beritahu pihak sekolah, tadika atau pusat asuhan dengan secepat yang mungkin. Mereka dapat memantau kanak-kanak yang lain dengan lebih teliti dan mengambil tindakan berjaga-jaga tambahan bagi mengelakkan penyakit ini menular.
  5. Jangan benarkan anak anda keluar rumah sehingga dia benar-benar pulih. Dapatkan nasihat doktor sebelum menghantarnya semula ke sekolah.

Previous Post
Next Post

post written by:

7 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Kalau Sis takde pengalaman anak kena tapi anak saudara kena, si Mia tu.
    Pergi klinik semua, tapi akhirnya adik ada baca satu artikel ni, dia letak minyak kelapa dara pada kudis-kudis tu, terus jadi kering Juju..
    Alhamdulilah..

    Sebab bahayakan..

    ReplyDelete
  3. risaunya kalau anak kecil kena penyakit ni...

    ReplyDelete
  4. Naura pernah kena sekali..memang payah la nak baik...kalau tak segera dapatkan rawatan,melarat-larat sakit ni

    ReplyDelete
  5. anak kawan akak tengah kena ni aduii risau..jauhkanlah dari anak2 kita

    ReplyDelete
  6. Nice sharing...mmg wajib/perlu juga ketahui semua ni

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.