22 May 2018

Personalised Mousepads with Printcious.com

Assalamualaikum semua, apa khabar di bulan Ramadhan ke 6 harini? Harapnya semoga terus sukses sehingga menjelang Hari Raya nanti. 

Juju faham, dalam bulan puasa ni mesti korang semua takda mood nak buat kerja. Samalah macam Juju. Kerja banyak. Tapi mood hilang entah ke mana. Dari satu fail ke satu fail. Nak siapkan satu fail tu pun makan masa berjam-jam. Ish.. Tak boleh jadi ni. Takkan sepanjang bulan puasa nak jadi pasif je kan. 

So, bagi mengatasi masalah tersebut, Juju pun berjalan-jalan dekat website Printcious.com sambil-sambil mencuba design sendiri mouse pad Juju ni ha. Sakit hati betul tengok mousepad dekat pejabat ni. Punyalah lama usia dia ni sampai tepi-tepi dia dah hancur. Penuh biji-biji hitam dekat atas meja ni ha. Geram je tengok.


Lepas tu teringat pulak dekat Printcious. Laju-laju buka website ni dan laju-laju jugak design mousepad sendiri. Kalau korang tak nak letak gambar pun boleh. Dia dah siapkan template untuk korang pilih. Banyak jugalah pilihan template yang di sediakan.

Jom Juju bawa korang tengok sendiri macammana nak pilih design yang ada dekat website printcious ni. Mula-mula sekali korang boleh pilih samada nak bentuk hati, bulat atau segi empat tepat. Juju pilih segi empat tepat.


Lepas tu korang pilihlah template mana yang korang berkenan. Ada banyak template ikut occasion. Antaranya birthday, anniversari, mother's day dan macam-macam lagi.



Dekat atas ni contoh template yang ada. So kalau korang nak edit just tekan je gambar pensil tu. Nanti dia akan bawa korang dekat tools untuk edit segala benda yang korang nak edit. Tukar tulisan ke, nak tulisan besar ke, nak tambah kotak ke semua boleh edit dekat situ.

Dan Juju pilih template kosong. Senang nak masukkan gambar banyak-banyak. Penuh satu mousepad tu gambar Juju sekeluarga. Hehe.. Barulah puas hati. Tambah tulisan sikit. Siap. Tapi biasa-biasa je tau. Alah, bukan nak bagi dekat orang lain. Sendiri yang nak guna. Hehe..



Selain daripada mousepad, sempat jugak Juju sambar satu ceramic tile untuk perhiasan atas meja kerja ni. Macam kosong sangat atas meja ni. Kalau letak kata-kata semangat pun oke sangat kan. Konsep dia sama juga macam mousepad. Kalau nak design sendiri boleh, nak guna template yang dia sediakan pun boleh. Tapi kalini Juju tak design pun. Ambil je template yang dia dah sediakan.



So, Hari Bapa pun bakal menjelma tak lama lagi, apa kata korang grab peluang ni untuk buat satu hadiah yang bermakna buat bapa korang. Keychain ke, mug ke, bantal ke. Mesti ayah korang suka sangat. Kalau rasa-rasa takda idea nak bagi apa dekat ayah korang tu cepat-cepat buka website printcious.com tau.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.







Previous Post
Next Post

post written by:

5 comments:

  1. Hye sis! BW here! Do visit me back! :D

    http://koxtau.blogspot.my/2018/05/kurung-cotton-meletop.html

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. cantik juju. berbaloi tempah di printcious ni.
    JanjiKita

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.