30 May 2018

Program CSR Hotel Swiss-Inn JB, Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Orang Pekak Johor

Pada 25 Mei 2018 yang lalu, Juju telah diberi peluang untuk berbuka puasa bersama warga pekak dari Persatuan Orang Pekak Johor bertempat di Hotel Swiss-Inn Johor Bahru. Program ini merupakan salah satu program inisiatif tanggungjawab sosial korporat (csr) yang dianjurkan oleh pihak hotel. Kami komited untuk menjadikan program ini sebagai program amal tahunan pada bulan Ramadhan bagi meraikan golongan istimewa.


Menurut kata Pemangku Pengurus Besar Swiss Inn Johor Bahru, Tengku Azmi bin Raja Abdullah amat berbesar hati kerana menerima kunjungan daripada Persatuan Orang Pekak Johor untuk Majlis Berbuka Puasa tahun ini. Harapan beliau semoga program ini dapat menceriakan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Pengerusi Persatuan Orang Pekak Negeri Johor, Encik Mohd Yazid bin Bain menerangkan bahawa dalam satu keluarga, tidak semuanya akan mewarisi pekak. Ada juga kedua ibu bapa yang pekak tetapi melahirkan anak yang bukan pekak. Ada juga yang pekak berkahwin dengan orang bukan pekak, melahirkan anak yang pekak. Banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa mereka lalui dalam menjalani kehidupan seharian.

Warga pekak yang hadir

Warga pekak yang hadir

Warga pekak yang hadir

Warga pekak yang hadir

Dalam majlis tersebut, sedikit sumbangan dan juga duit raya telah disampaikan oleh wakil hotel untuk diberikan kepada warga pekak yang hadir. Harapannya semoga sumbangan yang diberi dapat menceriakan sedikit sebanyak golongan ini.

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan

Penyampaian sumbangan



Persatuan Orang Pekak Johor atau Socitey Deaf of Johor ( SDJO ) adalah sebuah NGO’s OKU berdaftar yang diberi mandat oleh orang Pekak untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Pekak dan menganjurkan pelbagai aktiviti di negeri Johor.SDJO telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 30 Ogos 1977 dengan nombor pendaftaran 81/76. SDJO juga menjadi ahli gabungan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia ( MFD ) dan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (MKMNJ). 

Keahlian SDJO mempunyai bilangan ahli seramai 1050 orang Pekak daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Pada hari ini SDJO beroperasi sepenuh masa untuk memberi dan menyediakan perkhidmatan serta bantuan kepada komuniti Pekak bertempat di Pusat Komunikasi Orang Pekak Johor di alamat 64-01 Susur Larkin Perdana 2, 80350, Larkin Johor Bahru.

Email address: sdjohor@yahoo.com
Phone number: +60 7-227 2700
Phone number: 012 725 1510 (Please SMS)
Address: 64 - 01, Susur Larkin Perdana 2, Larkin Perdana, 80350, Johor Bahru
Registration number 014-01-30081977

Juju rasa sebak sangat bila berada di dalam kelompok mereka ni. Rasa sunyi sangat. Kosong. Macam manalah mereka melalui kehidupan sehari-harian. Sayu rasa hati. 


Last but not least, ini adalah wakil dari JDT Blogger yang hadir. Yang sebelah kanan tu Cik Tom. Ahli baru JDT Blogger, boleh terjah blog Cik Tom dekat http://www.ciktom.com/. Yang tengah tu pula orang kuat JDT Blogger, kak Hernee. Boleh terjah blog kak Hernee dekat http://herneenazir.com/




Previous Post
Next Post

post written by:

5 comments:

  1. memang sayu hati kan..lagi2 time tengok baby tu ha..aduhaii

    ReplyDelete
  2. akk ada mengenali pasangan yang pekak mendapat anak yg normal. sebenarnya tak sampai hati nak sebut perkataan pekak tu, macam tak terluah, sayu.. apatah lagi Juju yang berada bersama mereka masa tukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak seri..event ni pun dengar suara anak saya je yang bising menjerit. huhu

      Delete
  3. sedihnya kan juju,kita sepatutnya ada kesedaran bila berada di kelompok mereka.Moga mereka sentiasa diberikan ketabahan dalam kehidupan kerana mereka sangat istimewa

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.