17 Disember 2018

Belitung Island Journey Day 1: Permulaan Yang Mengujakan

Assalamualaikum semua,

Pernah dengar pasal Pulau Belitung tak? Kalau orang Kluang mungkin tau pasal Felda Ulu Belitung, tapi dekat sana takde pulau okeh. Pulau Belitung yang Juju nak cerita ni terletak di daerah Bangka Belitung, Indonesia.

Pulau Belitung ni terpisah dengan Bangka Belitung. Kalau naik feri dari Bangka Belitung memakan masa selama 4 jam. Kalau naik kapal terbang lebih kurang 1 jam. Buat masa ni dekat Malaysia tiada flight direct terus ke Tanjung Pandan. Kena transit di Singapura dulu.

Peminat cerita Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak, Ain Edruce dan Intan Najuwa memang dah sedia maklum dengan keindahan pulau ini. Tapi bagi yang belum familiar, korang kene follow dan bookmark blog Juju ni sebab ada banyak perkara menarik yang Juju nak share dengan korang semua.

Pada 9-12 Disember 2018 yang lalu, Juju dan team JDT Blogger telah diberi peluang untuk menyertai trip ke Pulau Belitung anjuran MTN Getaways. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada orang di luar sana mengenai keindahan pulau ini.

Perjalanan Kluang ke Lapangan Terbang Changi, Singapura
Juju memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pagi dengan menaiki bas dari Kluang ke Larkin Sentral. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit je. Sampai je Larkin, kami ambil bas untuk ke CIQ Johor.

Yes, perjalanan ini mencabar sikit sebab korang akan turun dan naik bas bersama beg bagasi untuk melalui imigresen Johor Bahru dan Singapura.

Lepas dah selesai pemeriksaan imigresen Johor, korang perlu mencari semula bas yang korang naik tadi. Kalau takda korang carilah bas yang ade tulis Changi. Penting untuk korang simpan resit bas dan catat sekali nombor bas di kad putih declaration untuk masuk Singapura. Kalau tak ingat nanti kena marah dengan imigresen Singapura. Huhu.. Apalah nasib Juju. Kawan-kawan yang lain tak kena marah pun. 
Selfie dalam bas. Dengan blogger Uyul Rosli dan Farah Didi
Lepas selesai cop passport, korang kena cari balik bas yang korang naik tadi. Kalau takde, korang kena tunggu bas lain sampai. Yang penting syarikat bas tu sama dan tiket bas tu korang kene simpan. Kalau tak simpan kenalah beli lagi.

Di Changi, korang jangan turun di Terminal 4, tapi turun di terminal 3. Kalau terturun di terminal 4 nanti korang boleh je ambil shuttle yang pihak airport sediakan secara percuma.

Kalau korang naik flight dari KL pun dia akan landing di terminal 4. So, korang kena cari shuttle untuk ke Terminal 3. Sampai di Terminal 3, boleh terus ke Garuda Airlines untuk urusan check in baggage. Korang cuma perlu serahkan passport dekat kaunter. Tak perlu booking number ke apa sebab semuanya pihak MTN telah uruskan.

Lepas dah check in barulah bebas sikit nak explore Changi Airport. Masa nilah kitorang isi perut, solat dan rehatkan diri sebelum berlepas ke Pulau Belitung. Aduh tak sabar rasa hati nak menjejakkan kaki ke sana.
Travel buddy
Kami menaiki kapal terbang pada jam 5.30 petang dan sampai di Tanjung Pandan pada jam 6.30 petang waktu Malaysia. Kalau korang nak tau, masa di Tanjung Pandan lewat sejam daripada Malaysia. Pukul 6 petang dah Maghrib dan waktu Subuh seawal jam 4.30 pagi.

Comel je flight ni
Sesampainya kami di Tanjung Pandan, kami disambut oleh wakil MTN Getaways yang akan bersama kami selama 4 hari 3 malam iaitu Otty, Herry (jurugambar) dan Nando (pemandu bas).

Destinasi pertama kami adalah Restoran Raja Seafood Belitung. Memandangkan kami sampai dah malam. Jadi aktiviti untuk hari pertama ni taklah berat sangat. Makan dan check in di hotel.

Makanan di restoran ni memang sedap-sedap. Bak kata Otty, makanan kami selama 4 hari 3 malam ni memang makanan laut sahaja. Ada juga dihidangkan ayam, tapi 1 lauk je. Yang lainnya semua makanan laut yang segar-segar.



Gambar-gambar makanan hari pertama ada dekat Instagram Juju dekat atas ni. Korang boleh slide untuk lihat gambar-gambar yang seterusnya.

Raja Seafood Belitung
La Lucia Boutique Hotel, Pulau Belitung
Kami menginap di La Lucia Boutique Hotel. Kalau ikut pada tentatif sepatutnya kami menginap di Green Tropical Village, tapi disebabkan hotel tersebut fully book, jadi kami terpaksa bertukar hotel. No worries sebab hotel ini berdekatan dengan kedai souvenir dan kedai sewa motor. So kalau korang nak merayap malam-malam boleh sewa je motor yang betul-betul terletak berdepan dengan hotel ini.
Depan hotel
Kalau korang nak ke kedai souvenir pun hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki. Juju dan kawan-kawan memang singgah lagi dan lagi di kedai ni sebab ada banyak pilihan t-shirt dan keychain. Kopi dan keropok juga ada di jual di sini cuma tak banyak pilihan.

Bilik pun selesa sangat. Cuma tiada almari dan peti ais. Channel tv ada banyak pilihan. Movie ada, kartun pun ada. Seterika pula boleh minta dengan reception. Nanti dorang akan hantar terus ke bilik. Bilik juga di kemas setiap hari.
Setiap bilik mempunyai hiasan dinding yang berlainan

In house menu

Simple and cozy

Hello roomate :)

Toiletries lengkap

Mini bar

Hipstur sungguh penyangkut baju dekat dinding ni


Cuba teka mana satu bilik kami?

Hotel ni ada rooftop juga tau. Hari last baru Juju naik. Sebab hari last tu Juju breakfast awal. Jadi ada masa lebih untuk ambil gabar dari rooftop. Kalau lepak malam-malam mesti cantik pemandangan dekat atas ni.
View from rooftop
View from rooftop



View from rooftop
Malam terakhir kami pergi ke kedai ole-ole yang berhampiran dengan hotel ni. Tak puas hoi beli souvenir untuk orang kampung. Nak cari tshirt untuk si Firash dan ayah dia. Tak puas hati pulak kalau tak belikan diorang baju.

Okeh cukup dulu untuk hari pertama. Tunggu entri untuk hari kedua ya. 

3 ulasan:

  1. Sebab kak juju comel sangat kot, pegawai imigresen tu nak ngorat lettewwww, buat2 marah..hahahha

    BalasPadam
  2. pengalaman mengahjar kita..hahaha...ok next entry please

    BalasPadam