Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing

Kasih Juju
Hai semua,

Ini adalah cerita yang berlaku pada 16 hingga 18 Oktober 2018. 

Harini Juju terpanggil nak share dengan korang pengalaman Juju berkursus di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap Mering, Johor. Juju nak simpan kenangan berkursus ni dekat blog. Supaya nanti boleh dibuat kenang-kenangan.

Juju dan kawan-kawan tiba di PKPI pada jam 2 petang. Terus daftarkan diri dan menuju ke dorm yang telah diberikan. 1 dorm boleh memuatkan 12 orang. Disebabkan peserta perempuan ada 18 orang. Jadi kami bahagi 2 kumpulan. 1 dorm 9 orang. Selesa sikit.


Kalau korang nak tau, dorm ni diperbuat daripada kayu. Merasalah suasana kampung. Tiada katil double decker. Semua katil bawah beserta locker sorang satu. Cadar dan sarung bantal semua disediakan. Cuma kena bawa tuala, selimut dan barang-banrang mandi.

Paling menarik sekali, dorm ni menghadap laut. Pergghh, dah rasa macam duduk dekat hotel berbintang-bintang. Haha..


Bab tempat mandi pun korang tak bolehlah nak expect lebih sebab tempat mandi dia macam dekat hostel sekolah. Ada bilik mandi dan bilik air. Terletak di belakang dorm. Dari dorm nak ke tempat mandi ni kena keluar sikit. Tapi untuk perempuan punya ada penghadang, jadi kaum lelaki yang nun di sana tak nampaklah perempuan yang di sini. 

Hari Pertama
Kursus 3 hari 2 malam tu bermula dengan taklimat pada jam 3 petang. Dalam taklimat tu Encik Hamdan dah bagitau yang malam tu kitorang akan melakukan aktiviti night walk. Masa mula-mula dapat jadual tu Juju ingatkan jalan dalam hutan malam-malam. Eh, memang jalan dalam hutan pun. Cuma ada tambahan paya, selut dengan lumpur. 

Masing-masing dah kalut dah sebab bawa kasut sukan cuma sepasang je. Sayang pulak kasut sukan ni nak di bawa masuk dalam lumpur. Dah lah kasut Juju ada satu tu jelah. Kami pun pakat keluar ke Bandar Mersing untuk mencari kasut.

Dalam kepala dah terbayang kasut getah yang orang dulu-dulu pakai untuk buat masuk kebun. Cari punya cari jumpa juga kasut getah tu. Murah je uolss. RM10.00. Senang gila nak bersihkan. Haha. Selamat kasut sukan Juju tak kena bawa masuk paya.

Kami berkumpul semula di dataran pada jam 10 malam untuk aktiviti dalam kumpulan. Mungkin kami ni terdiri daripada orang yang bekerja, jadi pelatih dekat situ tak berapa nak strict sangat. Masih lagi boleh bergurau senda selagi tak melampaui batas.

Game pertama kami ialah protect the candle. Chewah, kemain speaking lagi. Haha.. Dalam permainan ni, kami diikat dalam 1 bulatan dan kami kena jaga lilin kami supaya tak padam. Sepanjang perjalanan nak sampai ke dataran, akan ada halangan yang kami kene tempuh. Antaranya air dan juga tepung.


Bila lilin terpadam maka kami perlu berhenti dan jerit nama jurulatih, selagi jurulatih tak hidupkan  semula lilin tu, selagi tu kami tak boleh bergerak. Tapi bila jurulatih dah sampai kami kenalah ikut apa yang jurulatih tu mahukan. Atau dengan perkataan lainnya kami kena denda. Kami kena menyanyi je masa tu. Hehe.


Lepas habis game ni maka program 'Night Walk' pun bermula. Juju tak ingat pukul berapa kami mula masuk ke kawasan paya tersebut. Sebab terlalu fokus dengan bau lumpur yang naik bila kumpulan depan Juju mula masuk ke dalam paya. Pergh.. Ini pertama kali Juju nak redah paya.

Bayangkan dengan keadaan malam yang gelap. Cuma berpandukan cahaya lampu yang rakan kumpulan bawa dan tali yang telah disediakan di kawasan paya tersebut. Memang cuak sungguh. Jurulatih dah bagitau awal-awal supaya tak berdiri dekat kayu yang melintang dalam paya kerana takut tergelincir. Juju pula membayangkan kayu yang melintang tu sebesar lengan, tapi rupanya besar juga. Tak tau nak bandingkan dengan apa. Yang mampu Juju buat cuma melangkah dan duduk atas kayu tu sebelum meneruskan perjalanan.

Air paya tu memcecah sehingga paras dagu. Kesian kawan-kawan yang berbadan rendah. Mereka memang betul-betul bergantung pada tali dan kawan di depan dan belakang. Juju sendiri banyak berpaut pada rakan sekumpulan. Memang tak lepaslah kalau nak jalan sendiri. Mata memang cari tali je. Dengan cahaya yang samar-samar, memang tali tu kena sentiasa pegang. Tak boleh lepas. Huhu.

Gambar dalam paya takda. Huhu sedih. Cerita detail-detail dekat sini, nanti boleh baca lagi. Hehe.

Lepas habis je redah paya kami disuruh membersihkan lumpur dengan air laut. Cuma kami diingatkan supaya tak pergi ke kawasan yang terlalu dalam sebab waktu tengah malam ikan pari suka naik ke kawasan yang dekat dengan pasir.

Maka berakhirlah hati pertama kami. Gambar dekat paya memang takdelah sebab siapa je yang sempat pegang kamera. Masing-masing sibuk pegang tali.

Hari Kedua
Hari kedua pulak kami kena buat jungle tracking. Trek dia memang mencabar. Ingatkan dah habis dah seksa bau lumpur. Tapi kalau dah kate treking die dekat dengan kawasan paya jadi jangan haraplah dapat berjauhan dengan lumpur.




Cuma kami bertuah sebab waktu kami buat treking ni air laut tengah surut. So, no more berendam dalam paya. Hehe. Dalam sejam jugalah kami buat treking tu. Jalan terus sampai ke tepi laut. Terus bersihkan lumpur dan stand by untuk aktiviti laut pulak.

Untuk aktiviti laut ni kami diberi peluang untuk mencuba aktiviti rakit. Yang bestnya rakit tu dah siap jadi rakit dah. Tak perlu kami nak cantum-cantumkan dia jadi rakit. Cuma rakit ni berat nauzubillah. Tak terdaya nak mengangkatnya. Juju bagi rakan-rakan sekumpulan je yang angkat. Muehehe..


Dalam setiap kumpulan akan ada seorang fasilitator yang akan memantau kerjasama berkumpulan. Macam kumpulan Juju ni terlebih kerjasama. Sebabnya ada Pengarah sekali dalam satu kumpulan. Jadi memang kena kerja lebih sikitlah.

Kerjasama yang dimaksudkan adalah macam mana nak gerakkan rakit tu. Maju ke depan dan kemudian berpatah balik semula ke pulau. Dan hasil kerjasama inilah kumpulan kami diumumkan sebagai juara. Yeay.. Muahahaha.

Petangnya pula kami ada aktiviti halangan bertali. Mencabar juga setiap halangan-halangan yang ada dekat sini.




Malamnya pula kami buat aktiviti bbq dan sambutan hari lahir.

Hari terakhir pula kami tak dapat buat aktiviti luar sebab cuaca tak menyebelahi kami. Hujan pula pagi tu. Tak dapat nak sambung buat halangan yang tak sempat kami habiskan petang semalam.




Aktiviti dalam dewan pun tak kurang meriah juga. Ada satu game tu kami kena lukis gambar muka sendiri. Lepas tu fasi akan tukar dengan kumpulan lain. Kita ni pula kena cari siapa yang ada gambar kita dan beratur dekat belakang dia. Kelakar jugalah aktiviti ni.

Lepas hujan reda waktu pun dah sampai masa makan tengahari dan dah tiba masanya juga untuk kami meninggalkan ke PKPI Sekakap. Aduh, terasa berat kaki untuk melangkah meninggalkan tempat yang dah berjaya membuatkan Juju sayang dengan tempat ni. Ada 1001 kenangan dah kami coretkan di sini dan Juju nak simpan kenangan ni supaya boleh baca lagi nanti.

Terima kasih sudi baca :)