Breaking

10 July 2019

Kursus di Taman Negara Johor Gunung Ledang, Taman Hutan Lagenda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.

Harini Juju nak share dengan korang pasal penginapan dan aktiviti Juju semasa berkursus di Taman Negara Johor Gunung Ledang ataupun nama lainnya Taman Hutan Lagenda yang terletak di Daerah Tangkak, Johor Darul Takzim.
Selfie dulu
Secara jujurnyua Juju nak bagitau dekat korang yang Juju ni belum pernah sampai lagi dekat sini. Orang kata air terjun dia best pun Juju belum ada masa lagi nak beriadah dekat sini. Tapi kalau kata nak shopping kain ela hah memang lajulah Juju offer diri untuk tumpang sekaki. Hehehe.

Perjalanan dari Kluang ke Tangkak cuma mengambil masa selama 2 jam sahaja. Tapi memandangkan kami gerak awal pada haritu jadi kami buat keputusan untuk singgah makan di Nasi Arab Kari Kambing 40 hari yang sangat-sangat femes tu. Kalau pergi hari kerja dan budak-budak tengah sekolah ni memang lengang sikitlah. Tapi jangan korang datang masa hari cuti. Hmm pukul 7.30 pagi pun dah panjang dah orang beratur nak beli makanan.

Nah belanja sikit gambar nasi arab kambing 40 hari.
Sedapnya kambing dia weyyyyy

Okeh, setibanya di Taman Negara Johor, kami check in dulu. Pihak urusetia memang dah maklumkan dekat kami yang penginapan kami nanti adalah jenis dorm. Wow, teruja betul Juju. Sesejak buat team building dekat Sekakap tahun lepas tu, memang tak lepaskan peluang untuk join lagi. Walaupun bukan program anjuran jabatan.
Selfie dekat sini. Bukti dah sampai gunung ledang
Dari tempat parkir kereta nak naik ke dorm ni agak mencabar sikit. Jalannya mendaki. Sampai dekat reception dorm kena naik tangga lagi. Jenuh oi. Masing-masing semua bawa beg tarik. Masa ni rasa macam "Aduh, kenapalah aku pegi join kursus ni". Haha, tapi penyesalan tu sekejap je. Bila dah sampai dekat dorm hilang semua rasa menyesal. Cantik sangat tempat ni.
Dorm kitorang dekat belah belakang yang ada tingkap terbukak tu
Ade bukit dekat tempat Juju snap gambar ni
Masa check in, kami dibekalkan dengan tuala dan kunci loker. Yup, tuala pun ada disediakan di sini ya. Jadi korang tak payah bawa tuala. Bantal, sarung cadar dan selimut telah disediakan dalam loker. Korang cari je nombor loker korang dan pasang sendiri cadar dan sarung bantal tu.
Locker
Susunan katil dalam dorm
Yang perlu sangat-sangat korang bawa dekat sini ialah ubat nyamuk. Bawa yang jenis losyen pun okey. Ikut pada aktiviti jugalah. Kalau banyak masuk hutan memang wajib bawa. Juju ni boleh terlupa terus nak masukkan dalam beg. Menyesal sampai ke sudah ha.

Tapi, normallah tu kan. Hutan mana yang takde nyamuk. Hadap jelah nyamuk tu. Bukan selalu. Muehehehe. Untuk view dari tingkat dorm Juju memang tip top cantik. Sebab dorm ni disusun dalam keadaan segi empat. Jadi di tengah-tengah ada sedikit taman.

Cuma yang tak menariknya dorm Juju ni betul-betul dekat dengan lereng bukit. Tulah, siapa suruh datang lambat. Kan dapat tempat yang tak strategik. Pintu masuk nak ke dorm tu memang dekat sangat dengan hutan. Ade satu batu besar dekat situ.

Hari pertama rasa okkay lagi, tapi masa hari kedua tu ada rasa lain macam sikit. Tapi masing-masing tak berani nak bercerita. Semua simpan je dalam hati sampailah hari last yang memang dah tak naik dekat dorm baru kitorang buka mulut.

Dalam setiap dorm ada 8 katil double decker. Cuma ada 1 dorm je yang ada 4 katil double decker. Juju dan kawan-kawan pilih dorm besar. Barulah meriah jumpa kawan-kawan baru dari jabatan lain. Dekat setiap dorm telah dilekatkan dengan tanda amaran 'DILARANG MENGALIHKAN PERABOT'. Hmmm... Macam tau-tau je Juju suka nak rapatkan katil.

Tapi memang kami tak rapatkan katil pun, kami sepakat untuk bawa turun tilam dan tidur dekat lantai je. Hehe, meriah. Makin mesra dengan kawan-kawan baru.
Ada sorang ke dua orang je yang tak dapat nak turun sebab kitorang dah turun dulu. Hehehehe.. Lagipun panas. Tidur bawah kipas ni syiok sikit. Member sebelah tu ha laju je cuit. Dia kate "Kak Ju, tidurlah sebelah Que." Bhahahaha.. Tak boleh tidur agaknya kalau tak dengar Juju berdengkur.

Tandas dan bilik mandi pulak letaknya dekat sebelah tangga naik ke dorm. Aduh, risau pula kalau nak membuang masa tengah malam. Harapnya perut ni taklah meragam kan.

Untuk aktiviti pulak, kami akan turun ke dewan yang dekat sebelah tempat parkir kereta. Jadinya 1 hari 3 kali kami akan turun naik dari dorm ke dewan. Huhu, meraung terkujat segala lemak dekat badan Juju ni. Letih betul turun naik.

Okeh jom kita layan gambar sekitar aktiviti yang kitorang buat sepanjang 3 hari dua malam ni ya.
Aktiviti suai kenal. Maklumlah, kami dari pelbagai jabatan.
Macam pelik je logo kumpulan tu.Hehe
Masa ni baru dapat kumpulan. Malu-malu lagi. Ihiksss. Kenal Kak Ina je sebab sama daerah. Yang lain semua tak kenal.
Kami
Yang ni aktiviti kebaikan dan kelemahan diri. Kena share dengan semua ahli kumpulan. Masa ni Juju bagitau kelemahan Juju suka simpan sampah. And dorang semua buat muka jijik. Hahahaha, korang pernah tak beli barang yang ada kotak lepas tu kotak tu korang simpan? Hah! Tak ke simpan sampah namanya tuh? Bukan sampah makanan yang dah busuk tu. Hadoiiii....
Gemok betul orang dalam gambar ni. Muahahaha
Bisik ape tew
Geng Gunung dengan replika rumah mewah di pinggir hutan
Our faces.
Kenapa bintang kita putusss
Kami dengan instructor yang tak habis-habis perasan. Dia kata muka dia macam Rashidi Ishak. Okeh, adelah sikit.
Kaki pulak dah
Malam dinner. Tema hitam putih
Kembangnya Juju dekat situ
Ada video kitorang menari tau. Tapi Juju belum upload dekat channel Youtube. So kalau nak tengok korang kene subscribe Youtube Juju dekat --> www.youtube.com/msaaliya
Merasalah jugak air gunung ledang ni ha
Muehehehehe
Sampai keruh air tu kitorang kerjakan
Okeh habis dah
Penyampaian sijil oleh Datin SS.
Maka berakhirlah sudah kursus Team Building anjuran Puspanita Negeri Johor. Seronok jumpa kawan-kawan di Jabatan lain. Taklah kita syok sendiri je dengan jabatan sendiri je kan. Muafakat itu berkat.

Wassalam.

6 comments:

adianiez AIDA said...

seronok nyer.
aida suka team building gini. menarik!
lama tak ke ledang ni. dulu kecik2, kerap ke sini.
kami panggil sagil, tangkak.
now da cantik nama nyer, ledang :)

Sis Lin said...

Bestnyaaa Juju...
Kalau Sis, bior nyamuk jangan pijat atau lipas hahahahah

kisah si dairy said...

syoknya ..teringat zaman tido hostel katil tu kan...hahaha...

The Fool said...

Menarik aktiviti teambuilding ini lebih-lebih buat kat tempat yang mendekati alam, Tarot juga teringin nak beraktiviti di Gunung Ledang

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

kuang3... nak kena whtsp kat grup ni, hahaha

Shikin Razali said...

Dah lama saya tak pegi team building.. teringin nak pegi sekali lagi tapi keadaan diri tak mengizinkan sangat..