Latest

3 October 2019

6 Menu Wajib Cuba di Kampung Kambing, Iskandar Malaysia

Hai warga Gelang Patah, Juju ada berita baik nak bagitau dekat korang ni. Ha lebih-lebih lagi buat korang yang suka makan kambing. Ada satu port makan sedap yang Juju nak kongsi dengan korang ni. Okeh jom baca pengalaman Juju ni.

Haritu Juju dan kawan-kawan Geng JDT Blogger telah berkesempatan untuk mencuba menu-menu makanan di gerai Kampung Kambing di Medan Selera Iskandar Malaysia yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor.
Bersama pemilik gerai Kampung Kambing
Kalau korang nak tau, medan selera ni baru je di buka pada bulan Julai tahun 2018. Yang menariknya dekat sini adalah kemudahan tempat letak kenderaan yang luas. Ada juga disediakan perkhidmatan surau di tingkat atas. Jadi, kalau korang datang sini bolehlah tunaikan kewajipan yang wajib tu. Surau yang luas terletak di tingkat atas Medan Selera ini.

6 Menu Wajib Cuba di Kampung Kambing, Iskandar Malaysia
Recommended menu
Okeh, gerai makan yang Juju nak suggestkan dekat korang ni adalah Kampung Kambing. Ada pelbagai makanan panas-panas yang terdapat di sini. Tapi kalau korang tak makan kambing pun ada juga makanan lain. Okeh jom kita tengok menu utama yang ada dekat gerai ni.

1/ Nasi Goreng Kampung Kambing Grill
Nasi goreng kampung kambing grill
Cuba korang bayangkan kambing yang di grill bersama dengan limpahan sos blackpepper di gabungkan bersama dengan nasi goreng kampung yang pedas beserta ikan bilis yang rangup. Fuh, memang makan tak jeling kiri kanan dah.

Kambing yang di grill sangat empuk dan senang untuk di siat masuk ke dalam mulut. Di padankan pula dengan sos blackpepper dan nasi goreng kampung. Kombinasi yang sangat menarik. Korang kena cuba sendiri baru tau macam mana perasaan dia.

2/ Nasi Goreng Paprik Kambing
Nasi goreng paprik kambing
Untuk nasi goreng ini, nasi dia berwarna merah melambangkan yang nasi ni memang pedas. Tambah pula Juju memang suka nasi goreng warna macam ni. Lepas tu kita kan biasa sangt jumpa paprik ayam atau paprik daging je kan. Ha dekat sini korang boleh rasa sendiri paprik kambing dia.

Juju boleh jamin korang akan berpuas hati dengan nasi dan juga lauk paprik kambing dia tu. Kambing yang dihidangkan di sini memang tak liat. Juju siap tapau lagi menu ni bawa balik untuk bagi suami rasa dan dia pun memuji. Ha nampak. Suami Juju ni cerewet sikit bab makan tau.

3/ Nasi Goreng Kampung Kambing Timbus.
Nasi goreng kampung kambing timbus
Okeh, untuk nasi goreng ni, mesti korang tertanya macam mana dia timbus kambing tu kan. Hehe... Sebenarnya nasi ni ada gear box 2 ketul dalam nasi. Yang ditimbus tu ha dagingnya di sebelah bawah. Jadi korang memang boleh nampak ada gear box dalam nasi ni.

4/ Sup Gear Box Kambing
Sup gearbox kambing
Korang wajib cuba tau sup gear box dekat sini. Rasa isi dalam tulang tu memang melt in your mouth kekdahnya. Fuhhhhh, sampai sekarang terigau-igau keenakkan gear box dekat sini. Rasa sup dengan kambing tu sendiri memang mesra betul.

Bertambah enak kalau korang makan masa musim hujan tengah turun. Dengan suasana yang sejuk, dapat pula makan sup gear box cicah dengan roti. Hadoi... Sambil menaip sambil meleleh air liur. Haha.

5/ Nasi Goreng Kampung Petai
Nasi goreng kampung petai
So, tak semestinya semua makanan dekat sini ada lauk kambing. Ada juga yang takde. Korang bolehlah cuba nasi goreng kampung petai ni. Siap ada petai extra lagi dekat atas nasi ni tau. Petainya pula besar-besar okeh. Bukan petai yang kecil tu.

Belum suap lagi nasi ni dalam mulut dah terasa-rasa dah petai tu. Ha, penggemar petai wajib cuba jugak menu ni dekat sini.

6/ Nasi Goreng Tomyam
Nasi goreng tomyam
Nasi goreng tomyum dekat sini dihidangkan bersama udang dan juga sotong. Rasa masam dan pedas tomyam tu memang padu sungguh. Tapi memang serius Juju cakap. Rasa dia tak sama dengan kedai-kedai yang pernah Juju order nasi goreng tomyam ni.
Menu lain yang ada di gerai ini

Untuk penduduk sekitar Gelang Patah, ada perkhidmatan penghantaran disediakan. Wah, untungnya warga Gelang Patah. Perkhidmatan penghantaran ini meliputi seluruh daerah Gelang Patah termasuk LEGOLAND dan PTP. Caj penghantaran dikenakan.

So, apa yang korang tunggu lagi tu? Jom cuba sendiri. Alamat kedai dan maklumat lanjut seperti di bawah:

Nama Kedai: Kampung Kambing
Lokasi Kedai: Waze atau Google Maps Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah
Untuk tempahan: 011-119708193



8 comments:

mamapp said...

berbunyi perut baca menu paprik kamben tu

Suria Amanda said...

Ya allah, nasib baik SA ni tengah pantnag makan, no seafood, no kambing, no daging..bila tengok entry ni terus terliur...bestnyaaa...tapi jauh la

Dilah said...

Sedap-sedap nampaknya menu tu juju.. Dilah dah pernah pergi sekali medan selera tu.. memang tempat luas. parking pun senang..

Sis Lin said...

Sedapnyaaa...sebut kambing, memang kesukaan seorang Sis Lin..yumssss

Sunah Sakura said...

mak ai banyaknyeee kambing! ni ajak kak ajan mesti dia suka gila ni!

Cik Puan Ena said...

Semuanya nampak sedap lagi2 petai tu. Sape peminat tegar kambing wajib terjah

Azhafizah MN said...

alamak, kita kena pilih menu lain sikit yang tak ada kambing. sebab tak makan kambing. hihi

Farahain ZFA said...

lepas makann kat sini boleh menggembekkk takk.. hahhahaa.