Seperti yang kawan-kawan SukaGelak sedia maklum, 9hb Mac sampai 10hb Mac haritu Sukagelak telah menghadiri kursus Pra-Perkahwinan di Masjid Temenggung Daeng Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Masjid Jamek Benut. [ Entry ini ]
SukaGelak pegi sensorang jek. Encik tunang dah siapkan semua dokumen die. Termasuk interview dekat Pejabat Agama Daerah Kluang. Punyalah tak mau pergi kursus kawen 2x, dengan laju dan pantasnya beliau siapkan semua dokumen untuk SukaGelak hantar dekat Pejabat Agama Daerah Pontian.
Jadual sangat padat. Setiap jam ade pengisian. 
Berperang mata 2 hari. Banyak input boleh dapat daripada kursus ni. Cuba tengok jadual tu. Dari bab basic sampai bab cerai. Cara-cara menangani masalah pun ade. 
Dan akhirnya, dapat jua sijil yang satu ni. Korang yang bukan kursus dekat Johor mesti tak dapat sijil macam ni kan. Siap ade gambar. Tak boleh pindah milik. Kalau korang nak sijil macam ni meh la kursus kat Johor. RM120 jek. Kat KL RM80. Tapi tak dapat sijil macam ni lah kan.

Okkay lah, sampai sini dulu. Besok cerita pasal interview dekat Pejabat Agama pulak.
Wassalam :)