Latest

13 March 2013

Pre Wedding Preparation - Sesi Temubual di Pejabat Kadi Daerah Pontian

Okeh, part yang ni hanya untuk mereka-mereka yang menetap atau bermastautin di negeri Johor sahaja. Tapi untuk negeri lain pun boleh baca jugak.

Untuk pengetahuan sume, lepas berjaya menggenggam sekeping sijil kursus kahwin haritu,[ entri yang ni ] malam harinya SukaGelak berhempas pulas pulak nak melengkapkan dokumen nak hantar semula ke Pejabat Kadi daerah.  Ke hulu ke hilir mencari ketua kampung, 2 orang saksi borang, fotostat IC wali, saksi borang, sijil nikah mak abah and so on. Settle malam tu jugak. Tak mau tangguh-tangguh da. Besoknya terus ke Pejabat Kadi untuk sesi temubual. Dulunya di panggil sesi temuduga. 

Ade 6 soalan yang ditanya.
1/ Mengucap.
2/ Baca Al-Fatihah.
3/ Doa Qunut.
4/ Munakahat.
5/ Toharah.
6/ Tanggungjawab suami/isteri.

Disebabkan SukaGelak baru lagi menamatkan kursus pra perkahwinan, jadi maklumat semua masih fresh.
Munakahat tu ustaz tanya pasal rukun nikah. Toharah pulak pasal niat mandi wajib. Dan Alhamdulillah SukaGelak lulus sesi temubual tersebut. Soalan temubual ni tak semuanya sama. Tengok mood penemubual tu jugak. Sebab encik tunang kene temubual 30minit. Lama betul. Yang ni dekat Pejabat Kadi Daerah Kluang. Banyak betul ilmu yang ustaz tu bagi.

Di akhir temubual, ustaz tu mendoakan semoga ikatan pernikahan SukaGelak dan bakal suami kekal hingga ke akhirnya. Alhamdulillah, InsyaAllah.
Wassalam.


6 comments:

Sue-Rya Qistina said...

kalau kt Johor mmg dah amalkan interview mcmni. lg bagus sebenarnya. at least calon2 yg nak mendirikan rumahtangga betul2 dah siap dari semua segi :)

sukagelak said...

yup..sangat bagus..boleh refresh balik ape sebenarnya maksud perkahwinan.kita bukan nak berkahwin untuk 2,3 hari kan.. :)

UniMeOw said...

smoga dpermudahkan urusan..amin :D

sukagelak said...

InsyaAllah..amin..terima kasih :)

Anonymous said...

hai sukegelak..
nk Tanya sikit... soalan no 6 dia tnya ape.. jwpanya ape...
(cuak esok nk g submit boring :D )

julia jamaludin said...

@Anonymous hai..sorry lambat reply.. t/jawab isteri = jaga maruah suami, taat perintah suami selagi x bertentangan dgn agama