Seronoknya Shopping di zalora.com.my

Kasih Juju
Pasti ramai pembaca blog SukaGelak ni yang tau pasal laman web shopping online zalora.com.my ni kan. SukaGelak pun dah banyak kali beli barang dengan Zalora. Macam-macam dah beli. Kasut, baju, jubah. Semua cantik-cantik. Dan yang paling penting, harga berpatutan. Setakat ni SukaGelak tak de sebarang masalah dengan penghantaran, kualiti barang dan pemulangan.


Semalam SukaGelak dapat email voucher rm30. Baiknya hati Zalora kan. Dan dengan lajunya SukaGelak klik website Zalora. Hahaha.. Pantang betul nampak benda-benda murah ni. 
Dan akhirnya terjebak jua beli sepasang baju kurung. Aduhai Zalora, tolonglah jangan goda saya lagi.

Semalam order, harini dah sampai. Sangat cepat kan. Mungkin sebab SukaGelak berada di kawasan Lembah Klang kot. Tu yang cepat je dapat. 
And guess what? 


Dapat rm10 off TGV movie ticket.Yeayyy. Cuti Raya nanti boleh ajak encik Hubby dating.
Yang lagi seronoknye, dapat lagi 10% off untuk belian seterusnya dan juga untuk kawan SukaGelak yang first time nak membeli belah dengan Zalora ni. Ade rm25 off.. ( Psssttt...Awak nak jadi kawan kite tak? Kite nak bagi voucher diskaun ni kat awak. Email kite kat emilea1701@gmail.com ok. )

So, ape tunggu lagi.. jom cuci mata kat zalora.com.my
Wassalam.