Latest

20 August 2013

4 Situasi Memalukan Kaum Lelaki

Lelaki memang terkenal dengan sikap ego dan tak mahu mengalah terutama bila berhadapan wanita, namun manusia itu sendiri tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

1/ Bila terjatuh.
Lelaki bila berjalan dengan kekasih, langkah pasti akan diatur kemas agar tidak terjatuh atau tersandung batu. Bila perkara ini terjadi akan mengaibkan lelaki kerana mereka beranggapan lelaki harus tampil bergaya, gagah dan berani di hadapan orang sekeliling.

2/ Cinta ditolak.
Bila cinta lelaki ditolak wanita, meraka akan rasa malu dan tak mahu berhadapan dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila dihina tak bergaji tinggi, tak kacak dan kurang bergaya. Mereka akan cenderung melakukan perkara di luar kawalan hingga bawa masalah di kemudian hari. Wanita harus ingat tak semestinya jadi 'gilaan' lelaki hingga nak hina mereka sedemikian rupa, malah akan timbul rasa dendam dalam diri lelaki.

3/ Poket kering.
Lelaki akan beri pelbagai alasan jika tak ada duit untuk keluar bersama teman wanita. Hingga wanita akan rasa curiga. Bila poket kosong, lelaki sanggup tak jumpa kekasih semata-mata tak mahu dimalukan nanti. Lelaki juga tak suka dibelanja teman wanita kerana beranggapan perlu dilihat sempurna di mata seorang perempuan.

4/ Airmata.
Memang agak sukar untuk melihat arimata lelaki mengalir tanpa sebab. Kalau menangis mungkin ada perkara buruk berlaku seperti kematian orang yang disayangi, gagal ujian atau putus cinta bagi lelaki yang setia. Sebolehnya meraka akan elak daripada menangis di hadapan wanita dan nampak kurang 'macho'.

Picture source : google.com
(Artikel dari Harian Metro 20 Ogos 2013.)
Wassalam.

5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ada kebenarannya di situ, thats why lelaki selalu control macho dan most of the time memang takkan mengalah dengan ego mereka... he he he...

julia jamaludin said...

@Farah Waheda Wahid kan..kite yang hati lembut ni kene la selau beralah :)

Ann Ishak said...

sangat2 setuju, lelaki memang susah nak tinggalkan egonya

akmaL said...

mostly fakta sy sokong..tp kalau ada laki yg menangis sbb fail ujian tu cam kurg macho je >.<

julia jamaludin said...

@akmaL hehe..tak tau tak tau..paper tulis macam tu :)