Fundus Scope Untuk Ibu Hamil

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, dan selamat pagi.

Harini SukaGelak nak kongsi hasil carian pasal fundus scope. Setelah pencarian dikecilkan. Maka inilah hasilnya.

Untuk wanita hamil yang menghidap diabetes, korang aka disarankan untuk buat fundus scope (pemeriksaan mata) ni. Mula-mula macam tak ambil tau pun sebab apa. Rupa-rupanya sangat penting untuk masa akan datang. Kalau korang kena suruh buat fundus scope ni baik korang pegi je. Tak rugi pun.

Peringatan untuk pengidap diebetes!

Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.

Kewujudan 'spot' dan 'floaters'


Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia ataueclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.

Dari pengalaman SukaGelak sendiri, lepas ambil gambar biji mata tu, dia akan terangkan yang cek mata ni sebenarnya untuk diorang kesan urat mata ade yang pecah atau tidak. Kalau kandungan gula terlalu tinggi, risiko urat mata pecah pun tinggi jugak. Bila urat mata pecah, ape yang jadi? Boleh jadi buta okeh. Oooww... So scary. Dan Alhamdulillah result SukaGelak untuk dua-dua biji mata adalah normal.

Gambar besar : mata normal, Gambar kecil : urat mata pecah
Untuk lebih info mengenai diabetes dan mata boleh klik link kat bawah ni :

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.