Koir Majlis APC SKM 2013

Kasih Juju
Assalamualaikum kawan-kawan, 

Lamanya SukaGelak tak membebel dalam blog ni. Nak kata sibuk, takdelah sibuk mana pun. Menyibukkan diri adelah. Menyiapkan mental dan fizikal sebab mak buyung ni kena join koir untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Swiss Garden Hotel, Kuantan Pahang. 

Kemain jauh lagi buat majlis. Okeh, lepas ni nak pencen koir. Sambung balik lepas habis cuti bersalin nanti. Tak larat rasanya nak jalan jauh-jauh. 

Meh mak buyung belanja gambar sekeping dua.
Cuba cari mana satu mak buyung? Jumpa tak? Haha, joyah sangat kan. Menyembang jek kejenya.
Mengembang bagai juara. Yeayyy..
Okeh, mak buyung nak pegi cek mata nih. Eh, eh korang yang kene diabetis masa mengandung kena suruh pegi cek mata tak? Dah puas meng'Google sana-sini kebanyakkannya website dari Indonesia. Nggak ngerti dong. Hehehe..

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.