Latest

5 May 2014

Palet Lipstik Yang Hilang

Hai korang. Harini SukaGelak nak share sikit satu cerita masa cuti panjang dekat kampung hari tu. Nak dijadikan ceritanya, palet lipstik SukaGelak ni dah hampir sebulan jugak lah hilangnya. Tapi malas nak selongkar. Tak berapa nak guna sangat pun. 

Takde aktiviti koir, cuma ada jemputan kahwin je. Tu pun pakai lip gloss jek. 
Malas nak mencalit-calit lipstik ni. 
Macam nilah rupe palet lipstik yang hilang tu. Baru guna dalam 10x jugaklah. Masih banyak warna yang belum test lagi. Cantik kaler die. Yang penting warnanya gloss. Sesuai untuk bibir yang cepat kering.

Setelah hampir sebulan melupakan palet ni, tiba-tiba boleh pulak terjumpa dalam laci almari baju dekat kampung. Sebenarnya bukak laci tu pun sebab nak sorokkan hadiah hari lahir mak. Punyelah melompat bila nampak palet ni. Girang sungguh rasa hati sebab tak payah beli lagi.

Tapi bila bukak je palet tu, aduhaiiiii......
Sakitnya hati. Ni kalau tanya siapa yang buat mesti tak de siapa nak mengaku. Mesti ade drama tuding-menuding. Alahai.. Tak pelah. Boleh guna lagi ni. 

Oh ye, palet lipstik ni SukaGelak beli dekat hishop.my. Confirm puas hati :)
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

7 comments:

Linda said...

alahaiii sayangnya...sapa punya keje nii..

Farah Waheda Wahid said...

alahaiiii sayangnya julia... hu hu hu... tau macam mana perasaaannya...

julia jamaludin said...

tetttttt.....'dia' punya kerja

julia jamaludin said...

kan...terpaksa redha je.huhuhuhu

ros_reeza said...

aduhai..jadi macam tu..

Iyqa Gani said...

hi.. saya tag awak utk liebster award.
http://iyqa92.blogspot.com/2014/05/liebster-award-nomination.html

tenku butang said...

Haiii.. Cakkk!!! Tahniahh!!
Anda adalah Pemenang Salah Satu Hadiah GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME BY TENGKUBUTANG!! Sila lihat Senarai Pemenang dan tuntut hadiah dari SPONSOR segera! tuntut hadiah sebelum hari Sabtu (17/5/2014) yea.. tengok senarai pemenang di link ini--> http://tengkubutang.blogspot.com/2014/05/pemenang-giveaway-2nd-year-wed.html