Resepi : Nasi Ayam Madu Paling Mudah

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, selamat hari Isnin.

Wah, tak pasal-pasal harini nak buat entri pasal resepi. Sebelum ni tak pernahnya nak buat pun. Tapi disebabkan masakan ni dapat pujian dari encik suami, terus rasa bersemangat nak share dekat blog ni. Manalah tau boleh membantu korang yang dekat luar sana.



Resepi nasi ayam

Nasi Ayam

Bahan-bahan:
Beras 
Air rebusan ayam
Bawang putih 4 ulas - tumbuk
Halia 1cm - tumbuk
3 batang serai - ketuk
Marjerin 

Cara-cara:
Basuh beras dan toskan.
Panaskan marjerin.
Tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
(SukaGelak tumis dalam periuk nasi je)
Masukkan serai, air rebusan ayam dan beras.

Ayam Madu

1 ekor ayam potong 8.
Rebus.

Untuk perapan ayam.

Bahan-bahan:
Sos tiram.
Kicap pekat.
Madu.

Cara-cara:
Toskan ayam yang telah direbus.
Gaulkan semua bahan hingga sebati dan perap selama 1/2 jam.
Masak dengan menggunakan pemanggang ajaib ataupun bakar guna oven.

Sos cili.

Bahan-bahan:
Air rebusan ayam.
Sos cili thai

Cara-cara:
Panaskan air rebusan ayam, kemudian masukkan sos cili thai.
(SukaGelak tak sukat pun, main agak-agak je)

Kicap.

Bahan-bahan:
Bawang putih 2 ulas - ditumbuk.
Air rebusan ayam.
Kicap manis.

Cara-cara:
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan air rebusan ayam dan kicap.

Sup Ayam

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih - ditumbuk.
1 biji bawang besar - ditumbuk.
1cm halia - ditumbuk.
Sup bunjut.
2 kiub ayam.
Air rebusan ayam.
Minyak untuk menumis.
Daun sup.

Cara-cara:
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau.
Masukkan sup bunjut, air rebusan ayam dan kiub ayam.
Garam secukup rasa.

Okeh, tu je bahan-bahan dan cara-cara nak masak nasi ayam. Nampak macam rumit, macam banyak sangat bahan-bahan. Tapi kalau korang perasan semuanya guna air rebusan ayam. That is my secret weapon. Ngehngehngeh.. 

Selamat mencuba ye kawan-kawan.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.