Ini adalah sambungan daripada entri "Kecewa Dengan Zalora"

Kalau belum baca, silalah baca ye.
Sebagai pembeli tegar dunia online ni, SukaGelak rasa terpanggil untuk sama-sama menyedarkan pengguna mengenai kualiti barang yang kita beli.
SukaGelak rasa sangat tertipu bila barang tu sampai. Sekali imbas dah nampak. Nak pegang pun rasa geli. Terus perasaan kecewa tu datang membuak-buak.
Sepatutnya pihak Zalora lebih prihatin dengan produk yang mereka jual. Kalau korang ni jenis yang sort item ikut low price first mesti korang pun akan berkenan dengan produk tu.
Bila dah dapat produk tu, terus SukaGelak cek description product tu. Memang tak dinyatakan langsung. Bila SukaGelak tengok brand yang sama, cuma patern yang lain memang jelas nampak 3 titik tu. Mengucap panjang SukaGelak.

Adik-adik kakak-kakak kat luar sana, jom kita belajar kenal produk yang ada pig skin. Selalunya yang ada pig skin ni kasut , sandal ataupun beg tangan, purse.

Corak sama macam sandal yang SukaGelak beli haritu. So, memang sahlah kulit haiwan tersebut.
Yang ni pun sahih pig skin.

Memang kecewa sesangat bila dah terbeli produk pig skin ni. Macam kata pembaca blog SukaGelak kat bawah ni :
Setuju sangat-sangat dengan beliau. At least mark dekat description yang produk tu diperbuat daripada pig skin. Sekurang-kurangnya pembeli Islam akan aware. 

SukaGelak rasa ramai pembeli Zalora ni majoritinya Islam. Jadi Zalora seharusnya lebih berhati-hati dengan produk yang mereka keluarkan. Siapa setuju dengan SukaGelak sila angkat tangan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
(Picture source from google.com)