Pertama kali buat passport

Kasih Juju
Haha, korang jangan nak gelakkan SukaGelak ye. Biar SukaGelak gelak sensorang. Kenapa nak gelak-gelak ni? Sebab eh dah tua baru nak buat passport. Nampak sangat tak pernah travel luar dari Malaysia. Usahkan luar Malaysia, Sabah dan Sarawak pun tak sampai lagi. Ha part yang ni memang kene sedih. Orang lain dah pegi banyak kali kot. Ish ish ish.. Kena kumpul duit ni.

Okeh, meh SukaGelak nak share pengalaman buat passport. SukaGelak buat passport dekat Kukup, Pontian. Macam tak glamer je nama tempat tu kan. Tapi kalau korang nak tau, kat sinilah tempat tak ramai orang. Sampai je kaunter terus naik nombor. Suasana pun lengang jek.
smileeeeee
imigresen kukup. (pic source:google.com
Korang cuma perlu bawa salinan fotostat kad pengenalan sahaja. Gambar tak perlu bawak sebab diorang akan snap terus gambar dekat kaunter tu. So, make sure korang mekap dulu sebelum datang ye. Yang pakai tudung tu sila pakai warna yang gelap sikit ye.

Lepas siap urusan dekat kaunter kene tunggu sejam pulak. Kalau korang google pekan Kukup tu tak ada apa yang menarik pun. SukaGelak lepak dekat kedai makan je. Tapi tak tunggu sampai sejam pun. Bawak budak kecik. Dah nak meragam. Tu yang terus serbu kaunter. Dah siap rupenya. See, tak payah tunggu sejam pun.

hah, jangan tanya kenapa mendongak masa amik gambo ni. yang amik gambo tu suruh dongak sikit, sukagelak pulak pegi dongak banyak. hamik ko. tembam giler nampak gambo tu T.T
Okeh, passport dah siap. Dah boleh travel. Yahoooo..
Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)