31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 1

Kasih Juju
Assalamualaikum semua.

Image may contain: text

Harini saya nak memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh admin page JDT Blogger nih. Manalah tau dapat special gift yang admin blog nak bagi. Hehe.. Jom tengok syarat penyertaan dulu yek.


Syarat join 31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Post entry menggunakan tajuk "31 Days Challenge by JDT Blogger"
2. Like page  --> JDT Blogger
3. Save and Copy banner di atas dan backlink semula ke ENTRI INI.
4. Paste LINK JOIN ANDA di ruangan komen dibawah


Cara buat  31 Days Challenge by JDT Blogger :

1. Buat 1 entry 1 tajuk setiap hari mengikut urutan no di atas selama 31 hari (31 entry) 
2. Kumpulkan link entry dari 1- 31days di LINK JOIN ANDA untuk semakan
3. Sertakan sekali hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger di setiap entry

** Boleh juga post status/gambar mengikut tajuk dari 1-31days itu dan beserta hashtag #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

** 31 Days Challenge by JDT Blogger bermula harini ini iaitu 5 Januari 2017 - 4 Februari 2017. 

TARIKH TAMAT

4 Februari 2017

Okkay today I would like to share with you all about me, myself and I. Huh.. It's takes 6 years of blogging untill i have the confident to finally introduce myself to the world. Hahahah.. Pity me.

I've started blogging at 2011. At that time, my sister were studying at Politeknik Ungku Omar in IT Management. So, she ask me if I interested in blog. And I said, "Okeh, let's give it a try, who knows I'll become a successfull blogger in future. LOL"

Saya seorang penjawat awam. Nak kena bagitau ke jabatan mana? Korang carilah sendiri yek. Senang je nak stalk saya dekat blog saya ni. Hehe.. Berblog ni pun sebab dulu kerja saya sangat santai. Maksudnya saya boleh buat dua kerja dalam masa yang sama.

Tapi sekarang tak lagi. Saya kena curi masa untuk update blog. Harap-harapnya saya sempatlah habiskan cabaran ni dalam masa 31 ni.


Gambar kat atas nilah keluarga kecil saya. Baru ada anak sorang. Hah, jangan nak tanya bila nak tambah lagi sorang yek. Sebab saya tengah usaha ni nak bagi adik dekat si Firash. Muehehehe...

Oh ye, lupa pulak nak bagitau. Saya sekarang ni bekerja dekat Kota Tinggi. Tapi tinggal di Kluang. Nampak macam jauhkan berulang-alik ke tempat kerja. Tapi dulu lagi jauh. Tetiap minggu berulang dari Kuala Lumpur ke Kluang. Setakat Kota Tinggi - Kluang tu apalah sangatkan. Haha.. Sedih sungguh bila mengenangkan kehidupan yang terpaksa berjauhan dengan anak dan suami.

Okeylah korang. Tu je dulu kot. Kalau nak tau lebih-lebih sila PM. Hikhikhik...
Jumpa lagi.
Wassalam.