Assalamualaikum korang,

Kembali bersiaran di hari ke-4. Tajuk harini seram sikit. Haha. Apa ada dalam beg.

Okeh, kalau nak diikutkan saya ada 2 beg. 1 handbag 1 lagi beg bekal. Haaa.. Saya bawak bekal sarapan tau pergi kerja. Mak mertua saya hari-hari buatkan sarapan untuk saya. Untunglah saya kan. Duit makan pun jimat :)

Ni lah beg yang saya bawak ke hulu ke hilir. Tak da jenama pun. Beli dekat nile.com.my. Banyak sangat pilihan handbag dekat situ. Kebanyakkannya yang fesyen macam korea. Saya pun terpengaruh jugalah. Manalah tau kan lepas pakai beg ni boleh nampak macam orang korea pulak. Hahaha....

Ni part yang paling seram. Nak selongkar barang-barang dalam beg ni ha. Macam-macam harta karun ade. Tapi saya nak ucapkan terima kasih jugalah dekat admin sebab buat tajun ni. kalau tak sampai bila-bila pun saya tak kemas handbag saya ni. Ke sana ke sini bawak sampah.

Ni senarai barang-barang saya:
- Krim muka
- Serum vitamin c
- Lipstik
- Lip pallete
- Pen
- Lip balm
- kunci kereta
- kunci rumah
- pendrive
- purse
- ubat
- buku asb, bank rakyat
- pasport (dah expired dah)
- shiseido mask (dapat free masa beli barang)
- sampul duit raya (duit da takda)
- kertas-kertas tulah campur sampah sarapnya.

Korang tengok tuh, resit-resit masa pergi Ho Chi Minh tahun lepas pun saya simpan lagi. Nak buat apalah banyak-banyak tu simpan dalam beg hoi. Okeh, simpan dalam laci meja pulak. Ihikss...

Okey, sampai sini dulu. Jumpa lagi.
Wassalam.