Cabaran hari ke-6 : Gambar ber make up atau tanpa make up.

Secara jujurnya saya tak berapa pandai nak make up sendiri. Kalau ada pun tak banyak hasil yang saya make up sendiri.

Korang nak tengok ke? Ops... Macam malu pulak nak tunjuk. Tapi, demi menyelesaikan tugas harini saya tunjuk jugalah ye.
Image may contain: 1 person
Tadaaaa.. Hehe. Make up simple je. Tak pandai nak shading. Kening pun tak reti nak buat. Masa ni event Hari Koperasi Negara 2015 dekat Kuching. Saya join koir. Jadi kenalah make up kan. Barulah glamer hakak dekat atas stage tu. Huh, glamerlah sangat.

Yang bawah ni pula gambar tak pakai make up.
Haha, kantoi bekas jerawat bersepah. Tak tau dah nak guna produk apa. Ada satu produk tu dia putihkan kulit muka. Tapi bekas-bekas jerawat tu nampak lagi gelap. Sekarang tengah guna produk tempatan. Dah habis dah guna sabun muka, tapi macam tak nampak perubahan langsung. Hmm... Redha jelah. Kena cuba produk lainlah gamaknya ni.

Okaylah korang. Sampai sini dulu. Jumpa besok ye :)
Wassalam.