Day 30 - Ucapan untuk Followers

Assalamualaikum korang.

Wah! Tak sangka betul dah buat entri sampai hari yang ke 30. So, bersempena denagn hari yang ke 30 ni saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat follower blog saya yang sudi membaca dan support blog saya selama ni. 
Image result for thank you
picture source : google image
Daripada blog saya sikit je follower sampai sekarang dah ada 1651 follower. Alhamdulillah. Satu jumlah yang sangat-sangat saya banggakan. Walaupun trafik blog saya ni agak sendu, tapi saya berjaya juga kumpulkan follower sebanyak ni. 

Sebabnya saya ni bukanlah rajin sangat up entri. Menaip pun ikut mood. Ditambah pula dengan kerja hakiki yang melambak-lambak ni. Up entri pun waktu rehat je. Tulah, dulu masa kerja senang tak nak usaha naikkan traffik blog. Bila kerja dah melambak ni ha baru terhegeh-hegeh nak naikkan traffik blog. Tapi walau apa pun saya sahut juga cabaran tu. Hehe, semangat kena ada. 

Okkaylah korang. Jumpa di entri terakhir ye. Ops..entri terakhir segmen ni je.
Wassalam