Sebelum tu nak minta maaf banyak-banyak sebab entri ni dah lama terperam. Ada kerja hakiki yang perlu diuruskan dahulu. Tapi Alhamdulillah, kerja 'urgent' dah siap. Tinggal saki-baki je lagi nak kena buat laporan.
Okeh, berbalik pada cerita family gathering. Sebenarnya plan nak ke Melaka. Kononnyalah kan. Tapi berakhir dekat Kota Tinggi jugak. Haha, tak kisahlah. Yang penting hajat utama nak buat family gathering tu dah berjaya.
Jarak dari bandar Kota Tinggi nak ke Kampung Punggai ni lebih kurang dalam 65 kilometer. Lebih kurang sejam 15 minit perjalanan. Laluan di Bandar Penawar agak teruk sikit sebab banyak sangat lori besar-besar lalu. Ditambah pula dengan kerja-kerja pelebaran jalan. Sabar betul penduduk dekat sana.
Klik untuk lebih jelas |
Deretan bilik melor. |
Bilik Mawar |
Budak-budak kemain gedik lagi nak mandi pool waktu hujan. Tapi kami tahan dulu. Lepaskan lelah kejap. Baru boleh terjah swimming pool.
Pantai dekat sini tak berapa nak menarik. Nak main air pun tak berani. Sebab kotor. Huhu.. Sedih betul tengok banyak sangat sampah sarap terdampar dekat persisir pantai. Kecewa betul. Kalau bersih memang dah terjun laut jugalah. Haha..
Malam tu pula, kami buat aktiviti barbeku. Rugilah kalau dah dekat tepi pantai tapi tak buat bbq kan. Macam ada yang tak kena. Omputih kata something wrong somewhere.
Saya tak menyibuk sangat dekat ruangan bbq tu. Tapi saya menyibuk dekat meja makan. Haha, daripada dok tunggu mende bakar-bakar tu lebih baik saya makan. Banyak giler makanan yang kitorang bawak.
Dekat sini ada juga disediakan mesin karaoke. Masuk je 50sen x 2 pastu pilih lagu and nyanyi. Tapi saya tak nyanyi pun. Takde bakat langsung. Kalau menyanyi dalam bilik air boleh la. Hehehe..
So, overall nya percutian singkat ni sangat-sangat memuaskan. Kalau korang nak cari percutian bajet, bolehlah ke sini. Ni link facebook Punggai Bayu Beach Resort --> https://facebook.com/profile.php?id=807896616017498 ataupun boleh whatsapp dekat 019-7555682.