Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim - Episod Persiapan

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Kalau korang ada follow instagram saya, mesti korang perasan saya ada publish pasal Program Kasih JDT Blogger bersama Anak-anak Yatim ni kan. Ape?? Tak amik port?? Okeh foine.. Sila follow instagram saya sekarang. Muehehe.. --> Instagram KasihJuju

Sebelum majlis ni berlangsung, macam-macam persiapan kami buat. Siapa yang tak nak majlis berjalan lancarkan. Alhamdulillah, kami berjaya mengatasi emosi yang macam-macam tu dengan jayanya.

Terima kasih dekat Blogger MiaLiana, Mar Mansor dan juga Yaya Cendana yang dah turun padang untuk melawat kawasan-kawasan yang bakal kami bersihkan dekat rumah anak yatim tu nanti. Ops, lupa pula nak bagitau. Kami pilih rumah anak yatim di Kluang. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Ada juga mencari di area JB. Tapi cuma yang dekat sini available.

pkayik kasihjuju.com

Dalam masa yang sama kami juga mencari para dermawan yang sudi untuk berkolaborasi dengan kami. Dan Alhamdulillah, sambutan daripada mereka juga sangat-sangat menggalakkan. Terharu sangat. Ramai yang bermurah hati nak sponsor macam-macam keperluan anak-anak ni.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Antara barang yang kami terima; beras, gula, tepung. biskut dan macam-macam lagilah. Petang sebelum hari kejadian tu, saya bersama-sama dengan kakak-kakak JDT Blogger ke Kluang Parade untuk membeli keperluan anak-anak yatim. Bonet kereta masing-masing dah padat. Tak mampu nak bawa dari JB.

Tengok jelah gambar dekat atas tu. Mau mendak kereta kalau bawak semua barang-barangt tu. Hehe.. Nasib baiklah dah bagi sama-sama. Berat sama dijinjing kan.

pkayik kasihjuju.com

Huh, sila abaikan muka saya selekeh itu yerk. Akak yang dua orang ni laju betul berjalan. Macam kena kejar hantu. Hehehe.. Takut kedai tutup agaknya. Saya pula jalan santai-santai je sebab bawak budak kecik. Jadi banyak tempat nak singgah. Lebih-lebih lagi kalau tempat tu ada ultraman. Alahai budak kecik nih.

Yang dekat bawah ni pula persiapan di dewan makan. Salah satu pengisian yang akan kami buat dengan anak-anak di sini nanti. Malam tu juga pihak penaja datang pasang belon. Tak nak tunggu hari kejadian. Sebab kami tak nak ganggu aktiviti utama nanti.

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

pkayik kasihjuju.com

Cantikkan dekorasi belon-belon tu. Suka sangat saya tengok. Gabungan warna dia pun cantik. Berharap sangat anak-anak ni suka dengan apa yang kami buat ni.

Kalau korang rasa nak buat surprise birthday party ke, anniversary ke boleh amik dengan sponsor kami ni. Cantik sangat deko-deko dia.

Tengok dekat sini --> surprise event equineconceptbp

Malam tu juga, blogger Hernee dan blogger Rohaida packing goodies. Goodies pun banyak yang kami dapat. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia ni memang pemurah semuanya. Semoga bertambah-tambah rezeki korang lepas ni yek.
pkayik kasihjuju.com

Okeh, jumpa lagi dekat entri hari kejadian pula ye.
Wassalam.